Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1900

Senarai Filem Melayu 2021

$
0
0
Senarai Filem Melayu 2021

Senarai Filem Melayu 2021 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kita masih lagi dalam musim pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Walaupun panggung wayang masih belum dibuka, filem-filem Melayu masih boleh ditonton menerusi Astro First dan platfrom streaming. Para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2021. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem Melayu tahun 2021.

Filem Melayu Tahun 2021 Yang Sudah Ditayangkan

Senarai Filem Melayu 2021

10 Tips Tipu Bini (Rumah Produksi Merah)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2021 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Dato' Awie, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Elizabeth Tan
Pengarah: Azizi Adnan
Format: 2D
Sinopsis 10 Tips Tipu Bini : 
mengisahkan tiga sahabat baik, Raffi, Kay dan Jepp, yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur. Namun pada hakikatnya, mereka adalah suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing. Kehadiran tiga gadis cantik yang bekerja sebegai 'intern' di syarikat itu membuatkan mereka berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut. Demi melaksanakan niat mereka, masing-masing telah merancang pelbagai penipuan. (Sumber : cinemaonline.com.my)

Trailer 10 Tips Tipu Bini : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Kerana Korona (Astro Shaw, Wildsnapper)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2021 (Astro First)
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Dato’ Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar
Pengarah: Khabir Bhatia
Format: 2D
Sinopsis Kerana Korona : 
Filem yang mengisahkan tentang tiga situasi yang berlaku semasa PKP. Kisah pertama menceritakan pasangan suami isteri yang mana hubungan mereka semakin renggang, manakala anak mereka bercita-cita untuk menjadi jurugambar, namun impiannya dipandang rendah. Kisah kedua pula menyaksikan tentang seorang doktor yang berdepan dilema tanggungjawab dan pendirian. Kisah ketiga mengenai seorang warga emas yang keras kepala dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya. (Sumber : cinemaonline.com.my)

Trailer Kerana Korona : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Petaka (Arie Zaharie Production, AA Success Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 Februari 2021 (Astro First)
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Azman Ahmad, Jaja Iliyes, JajaiLyes, PU Azman, Danish Daniel, Zali Shuhali, Hafiz Nafiah
Pengarah: Azhari Zain
Format: 2D
Sinopsis Petaka : 
Mengisahkan kemiskinan hidup keluarga Sham selepas kematian ayahnya. Ibunya menderita sakit kaki, manakala adiknya, Syikin tidak mampu ke sekolah kerana kekangan kewangan. Sebuah kisah kekeluargaan, kemasyarakatan, kedaifan dan kenaifan.

Trailer Petaka : Official 

Senarai Filem Melayu 2021

Hantu Bonceng 2.0 (Excellent Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Februari 2021 (Astro First)
Genre: Seram Komedi
Durasi: --
Pelakon: Zizan Razak, Taiyuddin, Joey Daud, Atu Zero, Sangeeta Krishnasamy, Acong SweetChild, Chew Kin Wah, Amir Raja Lawak
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Format: 2D
Sinopsis Hantu Bonceng 2.0 : 
Sekumpulan rakan dalam perjalanan bercuti ke Bukit Fraser bertemu dengan gadis misteri yang membawa mereka ke sebuah hotel berhantu dan menyeramkan.

Trailer Hantu Bonceng 2.0 : Official


Filem Melayu Tahun 2021 Yang Akan Ditayangkan

Senarai Filem Melayu 2021

Kenderaan Berat Ikut Kiri (MM2 Entertainment)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2021 (Astro First)
Genre: Drama / Romantik
Durasi: 99 Minit
Pelakon: Syafie Naswip, Sweet Qismina, Ropie, Sathiya
Pengarah: Jefry Talib
Format: 2D
Sinopsis Kenderaan Berat Ikut Kiri : 
Menyangka Lisa telah mencuri lagunya, Adam berdepan konflik dengan gadis itu. Namun selepas menyedari kesalahannya dan meminta maaf, kedua-dua mereka mula menyukai antara satu sama lain. Sekali lagi konflik timbul dalam hubungan mereka setelah Adam mendapat tahu bapa Lisa, Pakcik Don, adalah ketua sebuah sindiket pemerdagangan manusia.

Trailer Kenderaan Berat Ikut Kiri : Official 


Filem Melayu Tahun 2021 Yang Tidak Diketahui Tarikh Ditayangkan

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Zombitopia"

Zombitopia (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: Belum Ditetapkan
Genre: Aksi / Seram
Durasi: 1 Jam 29 Minit
Pelakon: Shaheizy Sam, Bront Palarae, Elvina Mohamad, Azman Hassan, Sharifah Amani
Pengarah: MJ Woo
Format: 2D
Sinopsis Zombitopia 2020 : 
Setelah Hassan mendapat tahu Zidik tinggal bersendirian di jalanan, dia membawanya pulang dan menjaganya seperti anak sendiri. Kini Zidik bekerja dengan Hassan di sebuah pusat pelupusan sampah dan kedua-dua mereka tersepit dengan masa silam masing-masing. Pada 15 tahun lalu, satu virus yang mengubah manusia menjadi ganas telah meragut nyawa keluarga mereka. Hassan cuba melupakan bahawa virus itu telah membunuh isterinya, sementara Zidik masih ingat adiknya menyerang ibunya dan bapanya mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Zidik. Dia juga sering teringatkan Zooey, gadis yang dikenali di rumah anak yatim sebelum dia dihalau keluar oleh Kak Lily. Sementara itu, Dr. Rahman, seorang saintis yang berjaya mengawal virus itu, mencipta virus zombi baru. Ketika wabak zombi berlaku semula, Zidik bertemu Zooey yang telah bertukar zombi dan menyerangnya tetapi perlahan-lahan dia mula mengingati Zidik. Zidik kemudiannya menjadi tahanan Dr. Rahman apabila mengetahui Zidik kebal dari virus itu.

Trailer Zombitopia 2020 : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Eye On The Ball (Astro Shaw, TGV Pictures)
Bahasa: Inggeris / Melayu
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: Belum Ditetapkan
Genre: Drama / Sukan
Durasi: 80 Minit
Pelakon: Sunny Shalesh, Asri Arshad, Azwan Azhar, Rollen Marakim
Pengarah: Chen Yih Wen
Format: 2D
Info/Sinopsis Eye On The Ball : 
Sebuah dokumentari yang mengisahkan tentang pasukan bola sepak buta Malaysia yang dikenali sebagai Harimau Buta, yang menyimpan impian untuk menjadi atlet profesional. Ia menceritakan kehidupan Asri, Kenchot dan Rollen dan jurulatih Sunny Shalesh yang mempunyai misi dan impian sama iaitu mempertahankan kejuaraan yang diraih ketika Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur serta ingin melayakkan pasukan mereka ke Piala Dunia Bola Sepak Buta.

Trailer : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Escape (DMY Creation Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan : Belum Ditetapkan
Genre: Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa
Pengarah: Ikhwansha Hazer
Format: 2D
Sinopsis Escape : 
Adam terpaksa mendedahkan lokasi cip peranti senjata yang diseludupnya kepada pihak berkuasa apabila dia dituduh sebagai pengganas dan dikurung di dalam sebuah bilik misteri. Malangnya, dia mendapati pihak berkuasa itu sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mempunyai rancangan jahat. Walaupun tidak mengingati apa-apa kerana mengalami amnesia, kini Adam perlu mencari jalan untuk membebaskan diri dari bilik itu dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.

Trailer Escape : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Salina (Madness Films Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: Belum Ditetapkan
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Mona Allen, Pekin Ibrahim, Dewi Amanda
Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Format: 2D
Info/Sinopsis Salina : 
Salina tinggal di sebuah banglo yang mempunyai kisah misteri. Kanak-kanak yang menetap di situ juga mula diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Situasi menjadi lebih menakutkan apabila berlakunya satu pembunuhan yang tidak dijangka.

Trailer : Offical

Anak Rimau (Tree Of Hope Productions)
Pengarah : Areel Abu Bakar 
Pelakon : Beto Kusyairy, Azhan Rani, Adam Corrie
Genre : -

Abang Long Fadil 3 (Skop Production, Astro Shaw)
Pengarah : Syafiq Yusof
Pelakon : Zizan Razak, Ozlynn Waty, Maya Karin, Hairul Azreen, Daniella Sya, Elizabeth Tan, Shuib
Genre : Komedi, Aksi

Masterpicisan (Skop Production)
Pengarah : Nam Ron
Pelakon : tidak diketahui
Genre : -

- PROKSI  (-)
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Pelakon : Ashraf Sinclair, Bront Palarae, Sangeeta Krishnasamy, Remy Ishak, Susan Lankester, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Adrianna Qasmia
Genre : -

- Musyrik (White Merpati Entertainment)
Pengarah : Arjin Uppal
Pelakon : Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, Ruhainies, Aishah Alias, Arwan Umar, Qaseh Shuhada, Neera Azizi
Genre : -

- Safari Mall (-)
Pengarah : TBA
Pelakon : Nadzmi Adhwa, Nam Ron, Eyka Farhana, Bront Palarae
Genre : -

- ADIWIRAKU 2 - THE GEMENCHEH BOYS (SOL Pictures)
Pengarah : Eric Ong & Jason Chong
Pelakon : Pekin Ibrahim, Farah Ahmad, Azman Hassan, Fara Fauzana
Genre : Drama

- Mat Kilau (Studio Kembara)
Pengarah : Syamsul Yusof
Pelakon : Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Wan Hanafi Su, Johan As'ari, Nadiya Nisaa, Ali Karimi
Genre : Aksi

- Coast Guard (Arie Zaharie Production)
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Fizz Fairuz, Wanna Ali, Hazama, Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Iman Zulkarnaian, Azlan Komeng, Yuzz Nor, Kodi Rasheed
Genre : Aksi

- J Retribusi (Primeworks Studios, Infinitus Entertainment)
Pengarah : Nazim Shah & Asraff
Pelakon : Zul Ariffin, Amelia Henderson, Kent Chen Yi Ming, Rosyam Nor, Ashraf Sinclair, Jasper Supayah, Norman Hakim, Shah Rezza, Ainin Batrisya
Genre : Aksi

- Banglo Seksyen 12 (Prisma Picture)
Pengarah : Dharma
Pelakon : Mustaqim Bahadon, Intan Ladyana, Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Farah Shah & Windz Neom
Genre : Seram

- Indera (Greenlight Pictures, Lomo Pictures)
Pengarah : Woo Ming Jin
Pelakon : Shaheizy Sam, Adlin Aman Ramlie, Azira Shafinaz
Genre : -

- Gila Gusti (Lomo Pictures)
Pengarah : Silver
Pelakon : Ayez Shaukat Fonseka, Syafie Naswip, Aisar Khaled, Elizabeth Tan, Pekin Ibrahim, The Wonderboy, Gautham Kanakaraj (Gotham), Poppy Ang & Nor Diana (Phoenix)
Genre : -

- Mechamato Movie (Monsta)
Pengarah : --
Pelakon : --
Genre : Animasi, Aksi, Sci-fi

- Roxana (Nizra Entertainment)
Pengarah : Reza Shukor
Pelakon : Raysha Rizrose, Amir Nafis, Anas Ridzuan, Jasper Supayah, Nazeera Sardi, Trisha Ooi, Mat London, Amen Khalid, Azam Rhadio
Genre : -


*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari Twitter @FilemKita

Senarai Filem Tahun 2021 | Filem Gempak Melayu Tahun 2021 | Download Filem Melayu 2021 | Trailer Filem Melayu 2021 | Senarai Filem Melayu 2021 | Senarai Filem Aksi Melayu 2021 | Senarai Filem Cinta Melayu 2021 | Senarai Filem Seram Melayu 2021


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1900

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.