Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1898

1 Syawal

$
0
0

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selamat Hari Raya! Raya sebulan ni jangan lupa kunjung-mengunjung rumah sedara-mara, kawan-kawan dan kenalan. Mesti korang banyak terima jemputan ke rumah terbuka kan? hihi. *so far, saya tak pergi rumah sesiapa lagi. haha~* Nak share sikit al-kisah pada 1 Syawal 1436H saya. Pagi tu terjaga dari tidur terus mengemas ruang tamu. Dalam pukul 11 pagi baru selesai mengemas.


Selepas solat jumaat barulah bermula 1 Syawal kami. haha. Sempat jugak makan nasi impit + kuah kacang. Perghh! memang mengancam. Lepas tu layan jugak 6 jenis kuih raya yang Emak buat. Selepas makan, semua orang bersiap-siap memakai baju raya dan ber-photoshoot seperti selalu (sejak tahun 2011) hahaha. Macam-macam pose keluar. Tak ingat dunia. hahahaa


Lepas habis bergambar, rehat sekejap.  keluarga Mak Teh pulak datang beraya. Sekali lagi bergambar ramai-ramai. Memang meghiah weh. Nasib baik luar rumah tu besar sikit, seronoklah bergambar. Dalam rumah kecik, tak muat semua orang haha. Malas nak cerita banyak, jom tengok koleksi gambar 1 Syawal kami :









 





















  
Serius memang meriah raya tahun ni. Walaupun tak balik kampung, tapi berjaya menghidupkan Syawal kali ini. Habis okay kuah kacang! haha Seronok. Ada jugak budak-budak datang beraya. (tak sempat bergambar! haha). InsyaAllah tahun depan raya dekat kampung. ^__^


p/s : Selamat Hari Raya gais!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1898