Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1899

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

$
0
0
Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Nasi Lemak Panas Selera Jaya 223, Jalan Petaling | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Penggemar Nasi Lemak atau anda sedang mencari makan malam yang sedap di sekitar Petaling Jaya? Apa kata anda cuba makan Nasi Lemak dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling. Tak pasti dah berapa lama beroperasi. Baru-baru ini, Abang Iju bawak kami sekeluarga selepas melawat ayah dekat PPUM makan dekat sini. Apa yang menariknya dekat Selera Jaya 223 ini selain dari Nasi Lemak?

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Sebelum cerita pasal makanan lain, nak cerita pasal Nasi Lemak dekat Selera Jaya 223 ni. Disebabkan Abang Iju kata Nasi Lemak dekat sini sedap, Momi cubalah sebungkus. Nasi Lemak dekat sini ada dua (2); Nasi Lemak Merah dan Nasi Lemak Biru. Memandangkan Momi suka dengan Nasi Lemak cop merah, beberapa kali datang sini ambil yang warna merah sahaja. Suka dengan sambal dan nasi lemaknya, dalam masih panas lagi dalam bungkusan. Telur rebus pula separuh, ada rezeki dapat telur sebiji hehe. Harga nasi lemak tersebut ialah RM1.60 (sebungkus). 

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Selain dari Nasi Lemak, ada banyak lagi kedai yang best-best dekat Selera Jaya 223 ni. Yang selalu Momi dan keluarga makan seperti 'Smoky Wings', 'Chezzy Fries', 'Rojak Buah', 'Otak-otak', 'Gravy Meatballs', 'Nancheese' dan beberapa makanan lagi. Senang cerita tengok je gambar yang Momi sempat tangkap ni : 

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Smoky Wings 
Harga : RM9.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Chezzy Fries 
Harga : RM7.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Gravy Meatballs
Harga : RM6.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Nancheese
Harga : RM6.00


Alamat Medan Selera 223 / Nasi Lemak 223 
Medan Selera 223
Jalan 51a/223, Seksyen 51a,
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi Medan Selera 223, Petaling Jaya
6.00 petang - 2.00 pagi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1899