Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1898

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!

$
0
0
Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018! |  Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Baru-baru ini Momi menghadiri sesi food review di restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral untuk memperkenalkan hidangan baru iaitu Nook Signatiure 3 yang terdiri dari pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Menu baru ini dicipta oleh Chef Eksekutif di Nook iaitu Arfizan Abdul Rahim. Apakah tiga hidangan dari Nook Signatiure 3? Jom baca selanjutnya.

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!

Mengenai Chef Arfizan Abdul Rahim
Berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang kulinari, Chef Arfizan memulakan kariernya dengan menjadi sebahagian dari 'banqueting team' di hotel sekitar Kuala Lumpur. Setelah menghabiskan 15 tahun mengasah kemahirannya dalam masakan Barat, Chef Arfizan beralih ke Dapur St Regis Barat sebelum dia melompat ke Aloft Kuala Lumpur Sentral sebagai Eksekutif Hotel Sous Chef pada 2017. Chef Arfizan kemudian dinaikkan pangkat ke Chef Eksekutif pada 1 Januari 2018.

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Chef Arfizan Abdul Rahim

Nook Signature 3 
Hidangan 'Nook Signature 3' ini dimulakan dengan hidangan pembuka selera iaitu 'Warm Green Pea Soup with Seared Scallop, Lumpfish Roe and Parmesan Foam'. Sup kacang hijau panas yang dilengkapi dengan rasa ikan Roe dan kekapis yang manis. Pertama kali rasa memang sedap dan rasa kacang hijaunya, memang membangkit selera makan. Yang menariknya rasa kekapis yang manis, So nyum!

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Warm Green Pea Soup with Seared Scallop, Lumpfish Roe and Parmesan Foam'

Seterusnya, adalah hidangan utama 'Nook Signature 3' yang perlu Momi pilih sama ada Slow Roasted Beef Tenderloin with Saffron Potato, Risotto Chips and Chives Béarnaise atau Pan-Seared Salmon Trout with Prawn Mousse, Taro Chips and Orange Beurre Blanc.Bagi Momi yang suka makan daging, Momi memilih Slow Roasted Beef Tenderloin , manakala yang menggemari 'seafood' boleh pilih Pan-Seared Salmon Trout sebagai hidangan utama. Pertama kali rasa Slow Roasted Beef Tenderloin with Saffron Potato, Risotto Chips and Chives Béarnaise ini boleh dikatakan sedap juga. Daging lembu yang dimasak 'medium' dilengkapi dengan kentang, bersama sos Chives Béarnaise

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Slow Roasted Beef Tenderloin with Saffron Potato, Risotto Chips and Chives Béarnaise

Akhir sekali, bahagian pencuci mulut yang ditunggu-tunggu. Untuk pencuci mulut, Nook Signature 3 menghidangkan 'Vanilla Pana Cotta with Berry Gastrique, Mascarpone Ice Cream and Orange Sauce'. Rasa Vanilla Pana Cotta yang sangat kena dengan citarasa Momi, lagi-lagi dihidangkan dengan aiskrim Mascarpone, Berry dan sos Oren. Rasa nak repeat lagi! hehe. Momi suka sangat pencuci mulut ini sebab rasa dia sangat sempurna dan sangat awesome untuk penutup makan malam.

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
'Vanilla Pana Cotta with Berry Gastrique, Mascarpone Ice Cream and Orange Sauce'

Harga Set Menu Nook Signature 3 Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Mac 2018, Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral menawarkan  harga Nook Signature 3 termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut adalah seperti berikut :

  • RM98.00 (Dihidang Tanpa Wine) - Boleh Order Jus Secara Ala-carte
  • RM158.00 (Dihidang Dengan 'Wine')

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Jus Epal

Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga hidangan Nook Signature 3 dihidangkan bersama wine yang berlainan. Untuk mereka yang tidak minum wine (terutamanya yang beragama Islam), anda boleh memilih pilih jus secara ala-carte (tidak termasuk dalam set menu Nook Signature 3 yang berharga RM98.) 

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Menghidangkan Set Menu Nook Signature 3 Sehingga Mac 2018!
Momi bersama Chef Arfizan Abdul Rahim

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Hidangan Nook Signature 3 Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +60 327231188 atau sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.

Terima kasih Aloft KL Sentral!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1898