Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1899

Momi Ke Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !

$
0
0

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !

Momi Ke Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Seronok kan kalau dapat pergi taman tema? Momi memang suka dengan taman tema walaupun takut nak naik beberapa tarikan di taman tema tapi tetap cuba juga hehe. Cuti Hari Kebangsaan baru-baru ini, Momi habiskan dengan ke sebuah taman tema yang terletak di Perak iaitu MAPS Perak. MAPS Perak merupakan singkatan dari Movie Animation Park Studio yang menampilkan beberapa tarikan yang pasti buat anda teruja! Jom tengok apa yang menarik di MAPS Perak ini.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Pintu Masuk MAPS Perak

Attraction Di MAPS Perak
MAPS Perak pastinya menjanjikan pelbagai tarikan yang menarik untuk para pengunjung. Kesemua tarikan dibahagikan kepada beberapa ZON tau. Momi nak kongsikan kepada anda, apa yang bestnya pada setiap ZON yang ada dekat MAPS Perak.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Bahagian hadapan Animation Square.

Animation Square
Melangkah sahaja dalam MAPS Perak ini, anda akan nampak Animation Square. Dekat sini ada pelbagai tarikan yang menarik untuk anda cuba seperti'BoBoiBoy Hero Academy', 'BoBoiBoy 4D Adventure Theatre', 'Space Face Fancy Dress', 'Monkey Business Toy'dan'Candy Shop'. Disini juga akan menampilkan beberapa karakter dari BoBoiBoy di 'Center Stage' dan bertemu bersama karakter tersebut. Bestnya! Dekat sini Momi suka dengan BoBoiBoy 4D Adventure Theatre sebab anda akan merasai pengalaman secara 4D bersama BoBoiBoy.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
BoBoiBoy 4D Adventure Theatre.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Dalam panggung BoBoiBoy 4D Adventure Theatre.

Blast Off Zone
Bagi mereka yang kurang gemar permainan yang ekstrem, MAPS Perak ada satu zon yang dipanggil "Blast Off". Di sini, ada pelbagai tarikan yang boleh anda kunjungi terutamanya peminat Smufs yang ada teaternya sendiri. Jangan lupa check waktu tayangannya sebab nanti rugi kalau terlepas menonton. Selain itu, ada "The Smufs Partyland"untuk kanak-kanak  dan "The Smurfs Clubhouse" untuk sesi Meet & Greet.


Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
The Smurfs Theatre

Selain itu, bagi anda yang merindui untuk main kereta langgar , MAPS Perak turut menyediakan "Adventures Bumper Blast" untuk anda kunjungi. Rasai keseronokan menaiki kereta langgar ini selama 5 minit bersama rakan-rakan dan keluarga. Serius best! hehe. Seterusnya, Momi sempat singgah dalam sebuah bangunan misteri dimana ia merupakan muzium 3D. Sempatlah rakam gambar sekeping dua disana hee.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Adventure Bumper Blast.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Pose pose pose!

Fantasy Forest Zone
Tarikan yang paling sesuai untuk ibubapa yang bawak anak. Disini terdapat beberapa tarikan yang sesuai untuk anak-anak anda seperti "Zugo Crystal Quest", "Upside Down Pyramid", "The Adventures HQ Tree House", "Red Baron", "Fantasy Carousel", "Coral Kingdom", "Coliseum Water Play"dan"Cave Of Wonders".  Pastinya buat kanak-kanak rasa teruja!

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Wajib bergambar di Coliseum Water Play.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Red Baron.

Lake Side Zone
Bagi mereka yang suka tarikan yang ekstrem, ada beberapa tarikan yang anda boleh cuba di Lake Side Zone ini. Ada "Space X-plorers", "Hyper Spin"dan"Asteroid Attack". Siapa yang berani dan ingin rasai keseronokannya, jangan lupa singgah disini ya.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Hyper Spin

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Space X-plorers



Live Action Zone
Salah satu tarikan yang WAJIB anda pergi. Di "Stunt Legend Area" anda bakal menyaksikan aksi lagak ngeri kereta dan motorsikal. Memang teruja habis melihat kereta berpusing, mengiring dan banyak lagi. Siap ada meletop-meletop lagi tau. Jangan lupa check jadual show sebab rugi jika anda terlepas untuk menontonnya.


Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Bahagian pintu masuk di Stunt Legend Area.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Keterujaan menonton Stunt Legend Area,

Rumah Hantu
Salah satu antara tarikan terbaharu di MAPS, Perak. Rumah Hantu MAPS Perak ini terhad untuk pengunjung yang datang pada hujung minggu dan cuti umum sahaja. Oleh kerana ia sangat eksklusif, ia hanya dibuka bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Momi bersama rakan Blogger menjadi antara yang pertama untuk masuk ke rumah hantu. Serius rumah hantu ini seram, sebab memang anda akan dilepaskan 2-3 orang dalam satu masa. Kebanyakkannya menampilkan hantu melayu. Must try !


Trick O' Thrill Zone
Baru sahaja dilancarkan pada malam Hari Kebangsaan Malaysia Ke-61 di MAPS PerakTrick O' Thrill Zone merupakan hasil idea dari pemenang contest nama baharu untuk tarikan ini iaitu Nin Sari Ismail. Pada 31 Ogos lalu, Trick O' Thrill Zone telah dibuka kepada pengujung dengan tarikan menarik iaitu Tower Drop. Bagi mereka yang gemarkan permainan ekstream ini, WAJIB cuba ya!

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Tower Drop Di MAPS, Perak
Konsert MalaysiaKu Merdeka With BoBoiBoy
Kemeriahan Hari Kebangsaan Malaysia di MAPS Perak sesuatu yang berbeza. Momi sempat menghadiri Konsert di sebelah Blast Off Zone. Persembahan para artis memang best! Konsert ini menampilkan penyanyi yang terkenal di Malaysia iaitu Joe Flizzow, Sonaone, Syamel, Ezad Lazim, Kugiran MASDO, Balok People, Mamu Raja Lawak dan diacarakan oleh Faizal Ismail. Turut hadir ke Konsert malam tersebut adalah Menteri Besar Perak iaitu Ahmad Faizal Dato' Azumu. Konsert diakhiri dengan persembahan bunga api selama 8 minit. Memang puas tengok bunga api malam tu hehe. | Momi Ke Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Para pengunjung yang hadir.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Persembahan artis pada malam Konsert.

Bergembira Di Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh, Perak !
Persembahan Bunga Api yang sangat awesome!

Harga Tiket Masuk MAPS Perak
Bagi anda yang rasa teruja nak masuk, Momi nak kongsi dekat anda harga tiket masuk ke MAPS Perak adalah seperti berikut :
  • Dewasa - RM72
  • Kanak-Kanak - RM63
  • Warga Emas - RM63
Anda boleh dapatkan di kaunter MAPS Perak atau tiket disini.

Waktu Operasi MAPS Perak
Waktu beroperasi (bermula Oktober 2018) bagi MAPS Perak adalah seperti berikut :

Setiap Isnin - Jumaat (Kecuali Rabu*)
Dibuka dari 10.00 Pagi - 6.00 Petang

Setiap Sabtu & Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah
Dibuka dari 10.00 Pagi - 10.00 Malam

*Hari Rabu dibuka jika Cuti Umum dan Cuti Sekolah.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAPS Perak, anda boleh layari laman web rasmi MAPS Perak. Ikuti mereka dilaman media sosial untuk mengetahui perkembangan dan promosi terkini di Facebook, Instagram dan Twitter.

Terima kasih MAPS Perak diatas peluang untuk merasai pengalaman di MAPS Perak. Jangan lupa, anda mesti singgah ke MAPS Perak dan rasai pengalaman menarik disini.Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda, kalau rajin sila SHARE pada rakan-rakan ya.  :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1899