CPG Cosmetics - Bagaimana CPG Cosmetics Mengubah Kehidupan Seorang Guru | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Mesti ramai tertanya, bagaimana dengan hanya menjual barangan kosmetik mampu ubah kehidupan seseorang. Momi ada terbaca satu kisah mengenai CPG Cosmetics boleh mengubah kehidupan seorang guru. Kisah yang penuh inspirasi ini, Momi nak kongsikan kepada anda.
Sejak di bangku sekolah, wanita yang berasal dari Baling, Kedah ini sudah bijak merebut peluang di depan mata. Berbekalkan semangat dan kerajinan, Ismaniza Fahida Ismail, 38, tidak jemu berusaha mencari duit poket. Ismaniza atau mesra dengan sapaan CPG tidak pernah malu untuk berniaga. Pada sebelah pagi, dia menjual laksa yang dimasak oleh ibunya. Waktu petang pula, Isma gigih menjual jeruk buahan. Produk CPG telah menerima Anugerah Kosmetik Terbaik Kedah pada tahun 2018, Anugerah Inovasi Solekan Terbaik 2018 dan sebagai pengasas CPG Cosmetics, beliau juga telah menerima Anugerah Ikon Usahawan Utara 2019.
![]() |
CPG Cosmetics - Bagaimana CPG Cosmetics Mengubah Kehidupan Seorang Guru |
Keperitan hidup mengajar wanita ini menjadi insan tabah dan cekal mencari rezeki untuk membina masa depan yang cerah. Pengalaman mencari rezeki sewaktu kecil inilah yang membentuk peribadi CPG pada hari ini. Dia yakin perniagaan mampu memberi pulangan lumayan dan boleh mengubah nasibnya sekeluarga.
"Sebagai anak sulung daripada lima beradik, saya berdikari dan banyak membantu
meringankan beban ibu dan ayah. Keluarga saya bukan orang senang, lantaran saya
bertekad mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka."
Walaupun kini mempunyai pendapatan lumayan namun Isma tidak pernah lupa diri. Dia berpijak di bumi nyata dan sentiasa berkongsi rezeki bersama keluarganya. Isma bersyukur dikurniakan suami, Mohd Rozaini Khazali, yang memahami dan amat mebantu dalam urusan perniagaan mereka.
"Suami sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai Pegawai Bomba & Penyelamat
semata-mata mahu memberi fokus kepada perniagaan yang kami usahakan. Saya pula
sedang bercuti tanpa gaji sebagai guru kerana minat yang sangat mendalam dalam
perniagaan."
![]() |
CPG Cosmetics - Bagaimana CPG Cosmetics Mengubah Kehidupan Seorang Guru |
Mengenai CPG Cosmetics
CPG Cosmetics telah diperbadankan di bawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd pada tahun 2017. CPG Cosmetics ditubuhkan pada 9 Mac 2017 selepas kelahiran Fantabulous Skincare dan CPG Obcession. CPG Cosmetics ditubuhkan dibawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd. Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis produk kecantikan yang terkini dan mengikut cita rasa kaum wanita dan remaja masa kini. Tekstur yang digunakan untuk membuat produk CPG Cosmetics berasakan bahan-bahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, CPG Cosmetics telah mengeluarkan 10 jenis produk kecantikan seperti compact powder, makeup base, mascara, eyebrow, foundation dan lain – lain lagi. Perniagaan kami amat peka terhadap penjagaan kulit wajah dan menitik beratkan cara pengunaan yang betul untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan yang boleh membawa kepada tidak keserasian.
CPG Cosmetics ditubuhkan kerana perkembangan yang memberangsangkan pada produk keluaran yang lalu dan permintaan yang tinggi keatas produk kecantikan. CPG Cosmetics masih boleh memonopoli pasaran kosmetik kerana kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanannya.
CPG Cosmetics Kini Di Aeon
Kini produk CPG Cosmetics menapak ke dalam 4 Pusat Membeli Belah Aeon iaitu di Maluri, Nilai, Dato’ Onn dan Shah Alam, bagi CPG ini merupakan satu pencapaian yang terbesar produk tempatan untuk bersaing dengan produk kosmetik antarabangsa yang telah lama menapak di pusat membeli-belah tersebut.
![]() |
CPG Cosmetics - Bagaimana CPG Cosmetics Mengubah Kehidupan Seorang Guru |
Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan. Untuk maklumat lanjut mengenai CPG Cosmetics ini, sila layari laman web rasmi CPG Cosmetics. Selain itu, anda juga boleh ikuti perkembangan mereka melalui media sosial Facebook dan Instagram.