Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1898

10 Lagu Raya Yang Selalu Kita Dengar Bila Nak Raya!

$
0
0

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Tinggal beberapa hari nak raya ni, bukan main lagi lagu raya dah berkumandang dengan rancaknya di corong-corong radio sejak puasa ke-15 lagi. Semua orang ada lagu raya kegemaran mereka tersendiri, dan entri kali ini saja nak menyajikan 41 lagu raya tak kira lama atau baru, yang kebiasaannya kita dengar bila nak dekat raya. Antara lagu raya yang lama dan baru, saya pastu lagu raya lama lebih memberi impak lebih nak sambut raya tu. hihi [Klik Sini!]

TOP 10

01 Balik Kampung | Sudirman
Ini semestinya pilihan ramai! Lagi-lagi bila 'feel' nak balik kampung tu. Teringat masa kecik dulu memang seronok bila balik kampung Pontian, Johor naik bas satu keluarga. Pasti terngiang di telinga lagu ini. [Dengar Di Sini!] 

02 Suasana Hari Raya | Anuar Zain & Elina
Lagu ini akan mengingatkan korang ada suasana hari raya masa korang kanak-kanak dulu. Seronok kan? [Dengar Di Sini!]

03 Dendang Perantau | P. Ramlee
Lagu ini adalah salah satu lagu yang paling nak elak di dengar oleh mereka yang berada diperantauan. haha Lebih-lebih lagi dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, cukup buat hati sebak. T^T  [Dengar Di Sini!]

04 Warna Warni Aidilfitri | Hattan, Amy Mastura, Shima, A to Z, Impression, Erra Fazira, Kool, Spring, Lefthanded
Nak rasa kemeriahan beraya bersama keluarga? Inilah lagu yang sesuai. Pasti meriah! Gandingan suara-suara hebat dalam lagu ni buat dia lagi best. [Dengar Di Sini!]

05 Nazam Lebaran | Siti Nurhaliza
Peminat Dato' Siti Nurhaliza pasti akan meminati lagu raya ni. Even ada beberapa lagi lagu seperti Air Mata Syawal, Anugerah Aidilfitri dan Sesuci Lebaran, lagu ni semestinya 'stuck' di kepala korang. :) [Dengar Di Sini!]

06 Dari Jauh Ku Pohon Maaf | Sudirman
Antara lagu yang pasti buat orang yang berada diperantauan menitiskan air mata. Lirik dia memang buat air mata bercucuran. Walaupun tak pernah lagi berasa beraya diperantauan, dengar pon cukup untuk rasa sebak. T^T [Dengar Di Sini!]  

07 Cahaya Di Aidilfitri | Black Dog Bone
Bila dengar lagu ni, mesti rasa sebak. :( [Dengar Di Sini!]

08 Bila Takbir Bergema | Rafeah Buang
Ini lagu kegemaran saya dan adik saya. haha We just love the lyric. hahaha [Dengar Di Sini!]

09 Satu Hari Di Hari Raya | M. Nasir
Lagu nyanyian M. Nasir ni memang antara yang tip top masa Raya. Best! [Dengar Di Sini!]

10 Selamat Hari Raya | Saloma
Another best song. Sangat legend okay. haha Lirik "Mintak Mak Kuih Sepotong saya mahu makan kerana perut kosong" memang comel. haha [Dengar Di Sini!]

Lagu Raya Lain yang popular (Klik Untuk Dengar):

p/s : Apa lagu favourite korang? Kongsikan ler disini :)

Koleksi Lagu Raya | Download Lagu Raya | Senarai Lagu Raya Popular | Muat Turun Lagu Raya 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1898