Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1898

Senarai Filem Melayu 2020

$
0
0
Senarai Filem Melayu 2020
Senarai Filem Melayu 2020

Senarai Filem Melayu 2020 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2020. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem Melayu tahun 2020.

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Suraya"

Suraya (MM2 Entertainment)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2020
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 22 Minit
Pelakon: Farihin Ufiya, Ainul Aishah, Amir Rahim, Azhar Amir
Pengarah: Feisal Azizuddin
Format: 2D
Sinopsis Suraya : 
Nabila dan Adam adalah pasangan YouTuber terkenal yang menerima 20 ribu `likes` untuk saluran mereka dalam jangka masa singkat. Untuk memastikan populariti mereka kekal dan demi berterima kasih kepada pelanggan mereka, mereka bercadang menerbitkan sebuah siri vlog berjudul "Duet Desa", yang merakam percutian mereka di serata Malaysia sambil meneroka budaya-budaya tradisional. Bagi episod pertama, Nabila memilih Negeri Sembilan, negeri yang terkenal dengan budaya Minangkabau. Namun, mereka sesat ketika dalam perjalanan ke destinasi akibat hujan lebat yang mengganggu GPS dan rangkaian telekomunikasi mereka. Apabila mereka terjumpa Homestay Abadi, milik seorang wanita cantik bernama Suraya, mereka menetap di situ. Mereka kemudian menyedari mereka terperangkap di `homestay` itu selepas berlakunya kejadian-kejadian aneh dan pembunuhan bermisteri. Kini mereka perlu mencari jalan keluar sebelum mereka turut menjadi mangsa bunuh pemilik `homestay` yang berbahaya itu.

Trailer Suraya : Official

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "M4M4"

M4M4 (MAMA) (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2020
Genre: Jenayah
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pelakon: Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Haris, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali, Amanda Hariz
Pengarah: Eyra Rahman
Format: 2D
Sinopsis M4M4 : 
Aini berusaha keras untuk memberikan kehidupan yang baik untuk anaknya yang berusia 15 tahun, Alya, sejak suaminya meninggal dunia ketika Alya berusia lapan tahun. Dia berasa senang hati melihat Alya membesar dengan baik bersama dua rakan baiknya, Daniel dan Elly, yang tinggal di kawasan yang sama. Malangnya, ketenteraman kawasan itu sering diganggu sekumpulan samseng iaitu Apai, Luk dan Remy. Suatu hari, satu pergaduhan berlaku apabila Apai menyentuh Alya. Alya kemudian diserang oleh Apai dan rakan-rakannya yang menarik Alya ke sebuah bangunan kosong dan memperkosanya. Insiden itu membuatkan Aini terkejut tetapi dia menyembunyikan emosinya demi membantu Alya. Alya juga cuba untuk melupakan apa yang berlaku tetapi apabila Apai mencemuhnya dengan sebuah rakaman insiden itu, dia kembali ke bangunan itu untuk berdepan dengan Apai. Malangnya, dia mati terbunuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada Apai dan rakan-rakannya, dan kini Aini berhasrat untuk membalas dendam atas kematian Alya.

Trailer M4M4 : Official



Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Rock 4 : Rockers Never Dai"

Rock 4: Rockers Never Dai (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2020
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Sharwani, Hazama Azmi, Adam John, Nazimi Fahmi, Bulan Terry
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis/ Info Rock 4: Rockers Never Dai : 
Filem terbaru ini adalah kesinambungan dari filem ketiga yang mana Dio yang terlibat dengan kemalangan sebelum ini telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden. Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi kumpulan rock Rimba Bara.

Trailer Rock 4: Rockers Never Dai : Teaser

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Ratu Kala Jengking"

Ratu Kala Jengking
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2020
Genre: Seram / Romantik
Durasi: 2 Jam
Pelakon: Nadia Brian, Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Fauziah Nawi, Firman Siagan, Mas Khan
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Format: 2D
Sinopsis Ratu Kala Jengking : 
Satu penyakit misteri mengubah wajah Siti menjadi hodoh, menyebabkan dia dihina dan dipulaukan penduduk kampung, termasuk Awang, lelaki yang dicintainya. Salah seorang rakan baiknya, Mawar, dalam diam berasa senang hati kerana dia juga menyukai Awang tetapi rakan mereka, Teratai, memberi amaran kepada Mawar agar tidak merosakkan persahabatan mereka dengan mengganggu hubungan Siti dan Awang. Setelah dipulaukan oleh hampir semua orang, Siti akhirnya berkawan dengan seorang tukang kayu bernama Nadim. Mawar ingin Siti meninggalkan kampung itu, jadi suatu hari, apabila dia mendapat tahu mengenai Nenek Kebayan di Gunung Panti yang mampu merawat segala penyakit, dia memberitahu Siti tentang perkara itu. Walaupun Teratai cuba menghalangnya, namun Siti nekad untuk ke sana demi menyembuhkan mukanya.

Trailer Ratu Kala Jengking 2020 : Teaser

Senarai Filem Melayu 2020

Jodoh Syaitan (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2020
Genre: Komedi / Seram
Durasi: --
Pelakon: Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam, Jay Iswazir, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Format: 2D
Sinopsis Jodoh Syaitan : 
Akibat sering gagal dalam hubungan percintaan, Megat membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Di sana, ibunya ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar. Pada masa yang sama, dua rakannya iaitu Awang dan Kulup sedang mencari mayat untuk dipaku. Mereka telah diarahkan oleh Tok Chai, dengan harapan mayat itu akan hidup semula untuk dijadikan isterinya.

Trailer Jodoh Syaitan 2020 : Trailer



Bulan & Pria Terhebat (Astro Shaw, Skop Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Mac 2020
Genre: --
Durasi: 113 Minit
Pelakon: Zahirah McWilson, Zizan Razak, Maya Karin, Alif Hadi, Khir Rahman, Bell Ngasri
Pengarah : Ghaz Aku Bakar
Format: 2D
Sinopsis/ Info Bulan & Pria Terhebat : 
Setelah Melati diculik sindiket perdagangan manusia yang diketuai oleh Ricky, Bulan, seorang pelatih pasukan khas dari Indonesia, nekad untuk mencari semula adiknya di Malaysia. Dia kemudiannya bertemu dengan Haris, seorang pemandu e-hailing. Selepas mendapat tahu tentang masalah Bulan, Haris menawarkan diri untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka kini berdepan bahaya apabila Ricky dan pembantunya Agus telah menghantar pembunuh upahan bernama Tony untuk memburu dan membunuh mereka.

Trailer Bulan & Pria Terhebat : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Daulat (Lacuna Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan:: 6 April 2020 (Iflix)
Genre: Thriller / Politik 
Durasi: 1 Jam 41 Minit
Pelakon: Vanida Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya Chin, Cristina Suzanne Stockstill, Zul Zamir
Pengarah: Imran Sheik
Format: 2D
Sinopsis Daulat : 
Parti politik MUNA telah kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Presiden parti itu, Hassan kemudian melantik ahli politik Suri sebagai timbalan presiden parti. Suri seorang yang sanggup lakukan apa sahaja demi matlamatnya tercapai. Beliau dengan parti itu bertekad untuk menang lagi dalam pilihan raya seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun. Sanggup berkorban apa-apa sahaja, Suri dan partinya mulakan pelan terperinci untuk mencapai kuasa. Apa yang akan berlaku?

Trailer Daulat : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Ada Apa Dengan Dosa (Astro Shaw, Pencil Pictures & Records)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 4 Jun 2020 (Astro First)
Genre: Thriller / Politik 
Durasi: --
Pelakon: Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi
Pengarah: Rahila Ali
Format: 2D
Sinopsis Ada Apa Dengan Dosa : 
Mengisahkan tentang gadis 19 tahun, Aurora yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam sejak kecil. Keadaan berubah apabila dia mendapat tahu asal usulnya. Aurora rasa tertipu dan cuba bunuh diri. Namun, kehadiran Khaliq memberi sinar baru buatnya dan mereka pergi ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya. Sepanjang pencariannya, Aurora mula rasa ingin tahu erti Islam yang sebenar memandangkan dia tidak mempraktikan ajaran Islam sebelum ini. Sementara itu, ibu kandung Aurora, Siti Zahrah hidup dihantui dengan dosa silam. Manakala, ayah kandungnya pula merupakan ustaz terkenal, Ustaz Aariz yang cuba lari dari dosa lalu dan tidak mengakui yang Aurora adalah anak kandungnya kerana takut maruah tercalar.

Trailer Ada Apa Dengan Dosa : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Town Mall (Aifa Motion Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan : 25 Jun 2020 (Astro First)
Genre: Drama / Seram / Misteri
Durasi: 86 Minit
Pelakon: Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Jalaluddin Hassan
Pengarah: Eizlan Yusof
Format: 2D
Info/Sinopsis Town Mall : 
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun. Kini, sebuah syarikat pemaju hartanah tempatan merancang untuk membina semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu, dengan harapan untuk menjadikannya sebuah pusat beli belah terkenal di Seremban. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu, walaupun dia berasa ragu-ragu untuk mengambil alih projek berkenaan apabila memikirkan kejadian-kejadian yang berlaku sedekad lalu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula. Apabila Rusdi mula merasai sendiri gangguan itu, isterinya Maria turut diganggu hantu wanita bernama Akma.

Trailer Town Mall : Official

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Roh"

Roh (Kuman Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2020
Genre: Seram
Durasi: 83 Minit
Pelakon: Putri Qaseh, Harith Haziq, Mhia Farhana, Farah Ahmad, Nam Ron, Junainah M. Lojong.
Pengarah: Emir Ezwan
Format: 2D
Sinopsis/ Info Roh : 
Berlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.

Trailer Roh : Teaser

Senarai Filem Melayu 2020

Mael Totey The Movie (Astro Show)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2020 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff
Pengarah : Syahmi Sazli
Format: 2D
Sinopsis/ Info Mael Totey The Movie : 
Filem ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Namun Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa iaitu Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Trailer Mael Totey The Movie  : Official 


Bikin Filem (Astro Show)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 November 2020 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, 'Raja Dubsmash Malaysia' Ucop
Pengarah: Latiff Zami
Format: 2D
Sinopsis/ Info Bikin Filem : 
Mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk "Dendam Berbalas" kerana baru bercerai.Khaty ingin pengarah Rahim G untuk mengarah filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut.

Trailer Bikin Filem : Official 


Filem Melayu Tahun 2020 Yang Bakal Ditayangkan / Ditunda Tarikh Tayangan

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Zombitopia"

Zombitopia (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 2020
Genre: Aksi / Seram
Durasi: 1 Jam 29 Minit
Pelakon: Shaheizy Sam, Bront Palarae, Elvina Mohamad, Azman Hassan, Sharifah Amani
Pengarah: MJ Woo
Format: 2D
Sinopsis Zombitopia 2020 : 
Setelah Hassan mendapat tahu Zidik tinggal bersendirian di jalanan, dia membawanya pulang dan menjaganya seperti anak sendiri. Kini Zidik bekerja dengan Hassan di sebuah pusat pelupusan sampah dan kedua-dua mereka tersepit dengan masa silam masing-masing. Pada 15 tahun lalu, satu virus yang mengubah manusia menjadi ganas telah meragut nyawa keluarga mereka. Hassan cuba melupakan bahawa virus itu telah membunuh isterinya, sementara Zidik masih ingat adiknya menyerang ibunya dan bapanya mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Zidik. Dia juga sering teringatkan Zooey, gadis yang dikenali di rumah anak yatim sebelum dia dihalau keluar oleh Kak Lily. Sementara itu, Dr. Rahman, seorang saintis yang berjaya mengawal virus itu, mencipta virus zombi baru. Ketika wabak zombi berlaku semula, Zidik bertemu Zooey yang telah bertukar zombi dan menyerangnya tetapi perlahan-lahan dia mula mengingati Zidik. Zidik kemudiannya menjadi tahanan Dr. Rahman apabila mengetahui Zidik kebal dari virus itu.

Trailer Zombitopia 2020 : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Eye On The Ball (Astro Shaw, TGV Pictures)
Bahasa: Inggeris / Melayu
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan:: Belum Ditetapkan
Genre: Drama / Sukan
Durasi: 80 Minit
Pengedar: 
Pelakon: Sunny Shalesh, Asri Arshad, Azwan Azhar, Rollen Marakim
Pengarah: Chen Yih Wen
Format: 2D
Info/Sinopsis Eye On The Ball : 
Sebuah dokumentari yang mengisahkan tentang pasukan bola sepak buta Malaysia yang dikenali sebagai Harimau Buta, yang menyimpan impian untuk menjadi atlet profesional. Ia menceritakan kehidupan Asri, Kenchot dan Rollen dan jurulatih Sunny Shalesh yang mempunyai misi dan impian sama iaitu mempertahankan kejuaraan yang diraih ketika Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur serta ingin melayakkan pasukan mereka ke Piala Dunia Bola Sepak Buta.

Trailer : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Escape (DMY Creation Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan : Belum Ditetapkan
Genre: Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa
Pengarah: Ikhwansha Hazer
Format: 2D
Sinopsis Escape : 
Adam terpaksa mendedahkan lokasi cip peranti senjata yang diseludupnya kepada pihak berkuasa apabila dia dituduh sebagai pengganas dan dikurung di dalam sebuah bilik misteri. Malangnya, dia mendapati pihak berkuasa itu sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mempunyai rancangan jahat. Walaupun tidak mengingati apa-apa kerana mengalami amnesia, kini Adam perlu mencari jalan untuk membebaskan diri dari bilik itu dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.

Trailer Escape : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Salina (Madness Films Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 2020
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Mona Allen, Pekin Ibrahim, Dewi Amanda
Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Format: 2D
Info/Sinopsis Salina : 
Salina tinggal di sebuah banglo yang mempunyai kisah misteri. Kanak-kanak yang menetap di situ juga mula diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Situasi menjadi lebih menakutkan apabila berlakunya satu pembunuhan yang tidak dijangka.

Trailer : Offical

Anak Rimau (Tree Of Hope Productions)
Pengarah : Areel Abu Bakar 
Pelakon : Beto Kusyairy, Azhan Rani, Adam Corrie

Abang Long Fadil 3 (Skop Production, Astro Shaw)
Pengarah : Syafiq Yusof
Pelakon : Zizan Razak, Ozlynn Waty, Maya Karin, Hairul Azreen, Daniella Sya, Elizabeth Tan, Shuib

Masterpicisan (Skop Production)
Pengarah : Nam Ron
Pelakon : tidak diketahui

- PROKSI  (-)
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Pelakon : Ashraf Sinclair, Bront Palarae, Sangeeta Krishnasamy, Remy Ishak, Susan Lankester, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Adrianna Qasmia

- Musyrik (White Merpati Entertainment)
Pengarah : Arjin Uppal
Pelakon : Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, Ruhainies, Aishah Alias, Arwan Umar, Qaseh Shuhada, Neera Azizi
Trailer : Teaser

- Safari Mall (-)
Pengarah : TBA
Pelakon : Nadzmi Adhwa, Nam Ron, Eyka Farhana, Bront Palarae

- Jebat (-)
Pengarah : Jamal Khan
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Carmen Soo

- ADIWIRAKU 2 - THE GEMENCHEH BOYS (SOL Pictures)
Pengarah : Eric Ong & Jason Chong
Pelakon : Pekin Ibrahim, Farah Ahmad, Azman Hassan, Fara Fauzana

*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari Twitter @FilemKita

Senarai Filem Tahun 2020 | Filem Gempak Melayu Tahun 2020 | Download Filem Melayu 2020 | Trailer Filem Melayu 2020 | Senarai Filem Melayu 2020 | Senarai Filem Aksi Melayu 2020 | Senarai Filem Cinta Melayu 2020 | Senarai Filem Seram Melayu 2020


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1898