Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all 1900 articles
Browse latest View live

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) | Senarai Lagu & Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

$
0
0
Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) | Senarai Lagu & Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) | Senarai Lagu & Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik 32  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Sebelum ni tak sempat nak update tentang Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL), tapi kali ini Momi rasa nak update mengenainya. Sebanyak 30 buah lagu telah terpilih untuk ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 32. Separuh Akhir ini akan dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu 10 buah lagu pada 29 Oktober, 10 buah lagu lagi pada 5 November dan 10 buah lagu terakhir pada 12 November. Dah bersedia nak tengok senarai lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 ? Jom !

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (Bahagian 1)
Ahad, 29 Oktober 2017
9.00 Malam

Projector Band - Aisyah
Salma - Akhirnya Cinta
Mawi & Syamsul Yusof - Bukan Propaganda
Faizal Tahir - Sejati
Khai Bahar - Bayang
Tajul & Wani Hasrita - Di Sana Cinta Di Sini Rindu
Ayda Jebat - Mata
Altimet - Amboi
Hazama - Aku Yang Sebenarnya
Haqiem Rusli - Segalanya

Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (Bahagian 2)
Ahad, 5 November 2017
9.00 Malam

Aepul & Haiza - Jangan Pernah Berdusta
Sufi - Aku Sanggup
Tomok & Black - Rempuh
Aizat - Jangan Menangis
Sufian Suhaimi - Harus Aku
Floor 88 - Zalikha
Ara - Warkah Untukku
Dayang Nurfaizah - Separuh Matiku Bercinta
Aiman Tino - Permata Cinta
Siti Nordiana - Terus Mencintai

Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (Bahagian 3)
Ahad, 12 November 2017
9.00 Malam

Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta
Tajul - Sedalam Dalam Rindu
Atmosfera Band - Berakhirlah Sudah
Ronnie Hussein - Menanti Janji
Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
Akim & The Majistret - Lagu Untuk Laila
Hael Husaini - Jampi
Wani Hasrita - Menahan Rindu
Syamel - Lebih Sempurna
Ismail Izzani - Sabar

Ramalan Untuk Top 12 AJL32 (Pilihan Momi)

Dayang Nurfaizah - Separuh Matiku Bercinta
Wani Hasrita - Menahan Rindu
Ronnie Hussein - Menanti Janji
Khai Bahar - Bayang
Faizal Tahir - Sejati
Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta
Haqiem Rusli - Segalanya
Ara - Warkah Untukku
Hael Husaini - Jampi
Syamel - Lebih Sempurna
Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
Akim & The Majistret - Lagu Untuk Laila




Lirik Lagu Esok Masih Ada - Hannah Delisha

$
0
0
Lirik Lagu Esok Masih Ada - Hannah Delisha

Lirik Lagu Esok Masih Ada - Hannah Delisha | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa kenal Hannah Delisha? Momi tengok muzik video lagu beliau yang berjudul "Esok Masih Ada", baru perasan yang Hannah Delisha ni pelakon drama bersiri, "Mencintaimu Mr. Photographer". Lagu "Esok Masih Ada" adalah hasil ciptaan Akir Hyper Act dan Frozen. First time dengar lagu ni best juga. Momi suka suara Hannah Delisha ni. Apa kata anda dengar dan komen dibawah, best ke tak?


Lirik Lagu Esok Masih Ada - Hannah Delisha
Komposer : Akir Hyper Act
Penulis Lirik : Frozen
Hypebeat Sdn Bhd

Sempurna
Apakah Maknanya
Mungkin Sekadar
Rasa Yang Dijanji Seketika

Cintaku
Benar Untuk Dia
Namun Apakah Sudahnya Bersama

Hadirnya Rindu Ini
Akhirnya Ku Mengerti
Bayang Kenangan Kita Berdua
Di Ruang Ini Cintaku Bertemu

Mengertilah Kasih Kita Sempurna
Biar Masa Terhenti
Rinduku Masih Ada

Walau Malam Berganti
Bahagia Menanti Lenamu
Kerna Esok Diriku Masih Ada

Percaya
Terukir Takdirnya
Bukannya Dusta
Cintaku Untukmu Selamanya

Hadirnya Rindu Ini
Akhirnya Ku Mengerti
Bayang Kenangan Kita Berdua
Di Ruang Ini Cintaku Bertemu

Mengertilah Kasih Kita Sempurna
Biar Masa Terhenti
Rinduku Masih Ada

Walau Malam Berganti
Bahagia Menanti Lenamu
Kerna Esok Diriku Masih Ada

Dalam Hilangku Cari
Setiaku Berjanji
Jiwa Kita Bersama
Kasihku Dikau Segala

Mengertilah
Kasih Kita Sempurna
Biar Masa Terhenti
Rinduku Masih Ada

Walau Malam Berganti
Bahagia Menanti Lenamu
Kerna Esok Diriku Masih Ada

Kerna Esok Diriku Masih Ada
Kerna Esok Diriku Masih Ada
Kerna Esok Diriku Masih Ada


Lagu Baru Melayu 2017 | Lagu Baru Hannah Delisha 2017 | Lirik Lagu Hannah Delisha | Lagu Hannah Delisha Download | Esok Masih Ada - Hannah Delisha Mp3 | Lirik Lagu Hannah Delisha |  Lagu Hannah Delisha | Hannah Delisha Mp3 

Geostorm - Movie Review

$
0
0

Geostorm - Movie Review

Geostorm - Movie Review |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini ingin mengulas mengenai filem aksi dan sains fiksyen barat iaitu filem "Geostorm". Filem ini telah mula ditayangkan sejak 12 Oktober 2017 dan telah mendapat komen kurang memuaskan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Geostorm
Filem Geostorm yang berdurasi selama 1 Jam 55 Minit ini mengisahkan tentang Jake Lawson yang telah ke angkasa lepas untuk menghalang satelit yang mengawal iklim daripada menghasilkan ribut taufan yang dahsyat akibat sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau yang merupakan pencipta satelit tersebut menghadapi kesukaran untuk mengawal beberapa satelit akibat dari kerosakan dari satelit. Adakah Jake Lawson berjaya menghalang Geostorm? - sumber : cinema.com.my (Trailer Geostorm 2017)

Filem yang mengutip RM 68.4 juta (setakat 27 Oktober 2017) ini merupakan arahan Dean Delvin. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Gerard Butler, Abbie Cornish, Katheryn Winnick, Alexandra Lara, Amr Waked, Jim Sturgess, Eugenio Derbez, Ed Harris, Andy Garcia dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 3D dan 2D D-BOX.  | Geostorm - Movie Review

Geostorm - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Review Geostorm
Genre sebegini memang kegemaran Momi. Selepas tengok trailer terus rasa teruja sangat sebab berkaitan bumi dan dunia. Love the idea yang mereka cipta satu alat untuk mengawal cuaca diseluruh dunia. Permulaan cerita sedikit lambat tapi lepas tu cerita semakin mendebarkan. Jalan cerita memang menarik, bagaimana mereka mengawal cuaca menggunakan teknologi canggih dari angkasa.

Best part bila bencana yang berlaku dekat China tu, teringat filem "2012" (2009), aksi lari dari gempa bumi. Masih awesome! Oh ya, filem ini tidak terlalu bosan sebenarnya, ada la juga sedikit humor yang diselit-selitkan. CGI yang digunakan juga sangat baik. Walau bagaimana pun dah boleh agak bagaimana bahagian akhir filem ini. Momi rasa ia harus berakhir dengan dramatik mungkin haha.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Poster Geostorm 2017 Download | Geostorm 2017 Subtitle | Geostorm 2017 Synopsis | Geostorm 2017 Malay Subtitle | Geostorm 2017 Torrent | Review filem Geostorm 2017 | Barisan pelakon Geostorm 2017 |  Review filem Geostorm 2017 Bahasa Melayu | Review Geostorm Malay 

Rindu Suara Ayah

$
0
0
Rindu Suara Ayah

Rindu Suara Ayah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hari ni dah masuk hari ke 15 ayah dekat ICU. Ayah mula sedarkan diri sabtu lalu. Alhamdulillah. Gembira sangat masa tu. Mata ayah masih belum boleh buka. Memandangkan ada tiub dalam mulut, ayah memang tak boleh cakap. Ayah seperti cakap sesuatu tapi tak keluar suara. Masa tu Momi dengan Adik boleh komunikasi dengan ayah walaupun ayah angguk atau geleng kepala. 

"Ayah kenal kami tak?"
ayah angguk
"Ayah ada rasa sakit ke?"
ayah angguk

Sambil sambil tu, ayah cuba nak bangun dan lepaskan tangannya. Kadang-kadang nampak raut wajahnya menahan sakit. Disebabkan ayah selalu bergerak, nurse terpaksa ikat tangan ayah sebelum terjadi apa apa perkara yang tak diingini. Keputusan scans dah keluar, doktor kata nanah ayah makin banyak, banyakknya lebih besar dari hati. Kira memang dah tutup seluruh hati tu. Kami redha.


Tiga hari berlalu, tiba-tiba rasa rindu nak dengar suara ayah, gelak ketawa ayah. Seperti biasa lepas balik kerja terus ke PPUM nak pergi melawat ayah, kali ni rasa macam rasa lain sikit dari biasa. Masa hari Ahad dan Isnin ayah ditidurkan. Momi mungkin nampak tenang dan boleh gelak-gelak, sebenarnya hati tak boleh tipu rasa risau dan rindu dekat ayah.hmm

Rindu Suara Ayah

Bila tengok ayah hari ni matanya terbuka tapi kali ni rasa sebak sangat tengok. Matanya kuning dan berkelip beberapa kali. Wajahnya menahan kesakitan yang ditanggung. Bila pegang jari jemari ayah, ayah genggam jari ini seperti nak bagitahu yang beliau menanggung kesakitan tu. Masa tu Momi dengan Abang Iju, kami cuba tenangkan ayah 

"Ayah, ayah kena kuat, jangan banyak gerak, nanti luka"

Momi seperti merasai apa yang ayah sedang lalui. Menitis air mata tengok ayah dalam keadaan macamni tapi bukan depan ayah, terpaksa keluar dari bilik tengok disebalik cermin. I have to be strong hadapi dugaan ini. Ayah tak boleh tengok kami sedih, kami yang kena bagi ayah semangat untuk melawan kesakitan itu.

Hari Jumaat, ayah dah tunjukkan sedikit progress. Tepat dua minggu ayah dekat ICU. Rindu yang tak terhingga, lagi-lagi nak dengar suara ayah. Sehingga hari ini, ayah masih belum tebuk dekat leher (walaupun hari tu salah tengok, ingatkan dah tebuk rupanya belum). Seeloknya tak nak lah tebuk leher. Sekarang doktor masih cuba nak bagi peluang dekat ayah, nak tengok sama ada perlu tebuk atau tidak. Semoga kami masih berpeluang mendengar suara ayah. Rindu sangat.

Rindu Suara Ayah

Terima kasih kepada yang datang melawat ayah dan mendoakan kesihatan ayah. Kami gembira menerima kunjungan dari anda. Ayah dah pindah ke ICU Tingkat 2. Tempatnya lebih selesa dan bilik pon besar. Kalau nak datang melawat ayah sila roger-roger Momi ya hehe.

Ayah kuat! Ayah boleh ! Kami semua rindu nak dengar suara ayah. 
Sayang ayah.

Lirik Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat. Aman RA

$
0
0
Lirik Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat. Aman RA
photo credit : FMC Music Sdn Bhd

Lirik Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selepas kejayaan dua singlenya 'Segalanya'& 'Tergantung Sepi', kini Haqiem Rusli tampil dengan single terbarunya yang berjudul "Jatuh Bangun". Lagu ini dicipta oleh Haqiem Rusli sendiri bersama Omar K, Ikhwan Fattana serta Aman RA. First impression untuk lagu ini ialah sangat lain dari yang lain dari Haqiem Rusli dan sangat terkini, I feel the fresh .gitu. Apa pendapat anda? Jom dengar.


Lirik Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli
Komposer : Haqiem Rusli , Omar K & Ikhwan Fatanna 
Lirik : Haqiem Rusli , Omar K , Ikhwan Fatanna & Aman Ra
©2017 FMC Music Sdn Bhd 

(Haqiem Rusli)

Hoo Hoo..

Perjalananku Sungguh Jauh
Ada Jatuh Ada Bangun
Dan Ku Tempuhi Semuanya Dan Terus Berlari

Cause All I Want This Time
to Know You're Mine
and I Want You to Know That I’m Fine

Cause All I Want Is Time Time
to Know You’re Mine Mine
and I Want to You Know That I’m Fine

Disaat Ku Senang Datang
Kau Menumpang Tenang
Dulu Ku Susah Engkau Menghilang

Disaat Ku Senang Datang
Kau Menumpang Tenang
Dulu Ku Susah Engkau Menghilang
Engkau Menghilang 
Yeah

Dulu Tak Dipandang Tinggal Bayang
Kesedihan Ku Seorang
Kau Tinggalkan Aku Tanpa Ragu
Ku Sunyi Tanpamu

Cause All I Want This Time
to Know You're Mine
and I Want You to Know That I’m Fine

Cause All I Want Is Time Time
to Know You’re Mine Mine
and I Want to You Know That I’m Fine

Disaat Ku Senang Datang
Kau Menumpang Tenang
Dulu Ku Susah Engkau Menghilang

Disaat Ku Senang Datang
Kau Menumpang Tenang
Dulu Ku Susah Engkau Menghilang
Engkau Menghilang 

(Rap - Aman RA)
Sekarang Makin Senang
Sudah Lama Cuba
Sekarang Makin Tenang
Mana Mungkin Lupa

Lama Sudah Kita Tak Bersemuka
Itulah Lumrah Bila Jalan Berubah
Keadaan Ketika Itu Kejam
Tak Pernah Aku Cuba Berdendam
Tak Cukup Kita Pernah Berkenal
Takda Apa Dalam Hidup Kekal
Ku Doakan Kau Sentiasa Selamat
Moga Tercapai Kita Punya Matlamat

Dulu Tak Nak Bagi
Muka Atau Hati
Sekarang Jangan Cari Aku

(Haqiem Rusli)
Cause All I Want Is Time Time
to Know You’re Mine Mine
and I Want to You Know That I’m Fine

Disaat Ku Senang Datang
Kau Menumpang Tenang
Dulu Ku Susah Engkau Menghilang

Huwooo~
Disaat Ku Senang Datang
Kau Menumpang Tenang
Dulu Ku Susah Engkau Menghilang

Disaat Ku Senang
Kau Menumpang
Dengan Tenang
Yeah

Uhh Disaat Ku Senang 
Kau Datang Menumpang Dengan Tenang
Uhh Disaat Ku Senang 
Kau Datang Menumpang Dengan Tenang
Engkau Menghilang


Lagu Baru Melayu 2017 | Lagu Baru Haqiem Rusli 2017 | Lirik Lagu Haqiem Rusli | Lagu Haqiem Rusli Download | Jatuh Bangun - Haqiem Rusli Mp3 | Lirik Lagu Jatuh Bangun Haqiem Rusli |  Lagu Jatun Bangun Haqiem RusliJatuh Bangun Haqiem Rusli Mp3 

Thor : Ragnarok - Movie Review

$
0
0
 Thor : Ragnarok - Movie Review

Thor : Ragnarok - Movie Review |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem superhero iaitu filem "Thor : Ragnarok". Filem ini adalah filem sekuel dari filem pertama "Thor" (2011) dan filem keduanya "Thor : The Dark World" (2013). Untuk pengetahuan anda, filem ini juga merupakan filem ke-17 dalam Marvel Cinematic Universe. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 26 Oktober 2017 dan telah mendapat komen yang sangat memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Thor : Ragnarok
Filem Thor : Ragnarok yang berdurasi selama 2 Jam 10 Minit ini mengisahkan tentang Thor perlu mengejar masa untuk pulang ke Asgard untuk menghentikan Ragnarok - kemusnahan kampung halamannya dan pengakhiran tamadun Asgardian. Tetapi sebelum dia boleh bertarung dengan Hela, penjahat kejam yang bertanggungjawab, Thor mendapati dirinya perlu bertarung dengan bekas rakan seperjuangan Avenger, Incredible Hulk. Mampukah Thor dan rakan-rakannya menyelamatkan Asgard? - sumber : cinema.com.my (Trailer Thor : Ragnarok 2017)
Filem yang menelan belanja sebanyak RM 180 juta ini merupakan arahan Taika Waititi. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, Anthony Hopkins dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.  | Thor : Ragnarok - Movie Review

Thor : Ragnarok - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Review Thor : Ragnarok
Tidak pernah mengecewakan. Sebagai seorang peminat siri dari Marvel Cinematic Universe, filem ini cukup buat Momi puas hati selepas menonton. Paling bestnya sebab tak lekang dari humor, come on tak Avengers lah kalau takde gelak ketawa. Kalau nak menonton filem dari geng Avengers ni, anda harus bersiap sedia dengan beberapa humor yang diluar jangkaan haha.

Untuk jalan cerita Thor : Ragnarok ini sememangnya best dan sangat menghiburkan. Menariknya lagi apabila kemunculan Hulk , rasa macam nak bersorak dalam panggung wayang hehe. Kali ini ada beberapa karakter baru seperti Hela dan Valkyrie yang menambahkan rasa awesome dalam filem ini. Selain itu, filem ini juga menggabungkan Thor dan Loki, bagaimana mereka menentang untuk pertahankan Asgard dari ancaman penjahat. Oh ya, nak spoiler sikit yang ada kemuncul Dr. Strange dalam filem ini hehe. | Thor : Ragnarok - Movie Review

Watak antagonisnya juga menarik dimana Hela adalah kakak kepada Thor dan Loki. Dah boleh agak juga yang Hela juga kelakar seperti Thor dan Loki haha. Kuasanya memang hebat dan sukar dikalahkan. Pada adengan akhir pula, seperti boleh diagak apa yang akan terjadi.

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini sangat menarik dan anda WAJIB ya pergi menonton dekat panggung wayang. Pasti anda berpuas hati punya hehe. Untuk pengetahuan anda, filem berkaitan Avengers seterusnya, "Black Phanter" akan ditayangkan pada Februari 2018 dan filem ketiga Avengers "Avengers : Infinity War" yang bakal menggabungkan superhero seantero galaksi akan ditayangkan pada penghujung April 2018. Selain itu, filem kedua Ant-Man "Ant-Man and The Wasp" dijangka tayang pada Julai 2018. Teruja tak?! yess! Tak sabar ni hehe.

p/s : Jangan lupa tunggu, ada dua end-credit post.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Thor : Ragnarok 2017 Download | Thor : Ragnarok 2017 Subtitle | Thor : Ragnarok 2017 Synopsis | Thor : Ragnarok 2017 Malay Subtitle | Thor : Ragnarok 2017 Torrent | Review filem Thor : Ragnarok 2017 | Barisan pelakon Thor : Ragnarok 2017 |  Review filem Thor : Ragnarok 2017 Bahasa Melayu | Review Thor : Ragnarok Malay 

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

$
0
0
Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Anda sedang mencari peranti mudah alih dengan harga yang berpatutan serta spesifikasi yang menarik? Tahukah anda, TP-Link kembali dengan model terbarunya, Neffos X1 Lite yang telah dirasmikan pada Julai 2017. Momi diberi peluang untuk menggunakan Neffos X1 Lite dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya. Terujanya!

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Dengan harga RM499, peranti ini ditawarkan dalam 2GB RAM + 16GB sahaja disamping ia turut menyokong microSD sehingga 256GB. Ia juga turut menyokong penggunaan dua sim card melalui Nano-Sim dan Nano-Sim/micro SD. Selain itu, ia menggunakan bateri 2550 mAH dan interface NFUI 2.0 yang dibina berasaskan sistem Android 7.0 Nougat. Semasa Momi unboxing, ia hadir bersama sebuah peranti Neffos X1 Lite, pengecas bersama kabel dan screen protector.

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite ini juga hadir bersama pengimbas cap jari dengan tindak balas 0.2 saat. Yang bestnya, pengimbas cap jari tersebut berada dibelakang, rasanya lebih mudah untuk unlock peranti anda. Dari segi saiz pula, ia bersaiz 5 inci pada resolusi 720p serta berat dan ketebalannya sebanyak 138gram & 8.5 mm . Selain itu, anda juga boleh mengubah lokasi button back sama ada kiri atau kanan mengikut keselasaan jari anda.

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Paling menarik, dengan harga RM499, anda berpeluang menikmati keupayaan kameranya sebesar 13 MP/f 2.0 dan kamera hadapan 5MP. Memandangkan Momi ni memang gemar makan dan jalan-jalan, rasanya Neffos X1 Lite membantu Momi untuk menangkap gambar yang cantik-cantik. Bagi mereka yang sukakan selfie, Neffos X1 Lite sememangnya sesuai dengan anda. Mari kita lihat hasil gambar dari kamera hadapannya :

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Cantikkan? Haruslah cantik sebab kamera hadapannya menggunakan lensa wide-angle lense 84 darjah dimana ia boleh memuatkan anda bersama-sama rakan anda wefie dengan cantik. Selain itu, anda boleh tetapkan fungsi 'Beautify Mode' mengikut citarasa anda. Ada yang nak flawless, ada yang nak biasa-biasa je hehe. Ini baru yang depan, jom tengok kamera utamanya : 

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Kamera utamanya boleh dikatakan cantik juga memandangkan ia dikuasakan dengan sensor 13 MP/f 2.0. Kamera utamanya juga turut menyokong rakaman sebesar 1080p, memang sangat okay untuk buat rakaman video. Yang Momi perasan, fungsi 'Beautify Mode' turut ada pada kamera utamanya. Selain tu ada beberapa filter yang menarik yang boleh dicuba. Bagi Momi ia sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan, memang spesifikasi yang menarik dan mampu milik.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Neffos X1 Lite, anda boleh beli di Lazada https://goo.gl/QfpPoj dan gunakan promo code ILOVENEFFOS untuk menikmati diskaun 10%. Bagi mereka yang berminat pada Neffos X-series yang lain seperti X1 dan X1 Max, anda juga boleh mengunjungi link di sini https://goo.gl/EsnY4E dengan menggunakan promo code yang sama iaitu ILOVENEFFOS untuk menikmati diskaun yang sama juga iaitu sebanyak 10%. Promo Code sah sehingga 30 November 2017. Kalau anda beli, anda memang awesome! hehe


p/s : Jom sertai Giveaway Neffos X Momi yang sedang berlangsung diblog Momi. Hanya KOMEN, LIKE & SHARE sahaja. Lihat disini. Goodluck :)


'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

$
0
0
'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Penginapan 3 Hari 2 Malam - De Palma Eco Resort Kuala Selangor | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger menyertai Media Trip dekat De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Tahukah anda, ada beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Selangor? Entri kali ini nak bawa anda mengenali De Palma Eco Resort Kuala Selangor dan tempat-tempat yang menarik di sekitarnya. 

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Mengenai De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Terletak di tepi tebing Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan resort percutian yang penuh ketenangan, pastinya akan membawa anda ke dunia yang berbeza. De Palma Eco Resort Kuala Selangor terletak di pusat bandar Kuala Selangor. Ia juga beberapa minit dari Bukit Malawati bersejarah yang mempunyai rumah api dan rumah-rumah kolonial lama yang dibina pada zaman British dahulu kala.

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Bilik di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Sebanyak 48 chalet dan 12 vila yang boleh disewa. Kesemua bilik dan vila dilengkapi dengan penghawa dingin, TV plasma, bar mini di suite dan telefon. Selain itu, Al-Quran, sejadah dan buku islamik turut disediakan di dalam bilik. Bestnya De Palma Eco Resort Kuala Selangor juga mempunyai sebuah surau dimana mempunyai Imam dan bilal tetap untuk menyempurnakan setiap waktu solat wajib.

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Momi bersama rakan Blogger Mawardi Yunus menginap di bilik Duluxe (Triple Sharing) yang ada tiga katil. Harga bilik tersebut ialah RM295.00++. Jom tengok macam mana bilik yang kami menginap :

Superior (Single/Twin) 
RM275.00++

Duluxe (Triple Sharing)
RM295.00++

Junior Suite (Family Room)
RM355.00++

Dara Suite
RM380.00++

Anjung Suite
RM390.00++

Malawati Suite 
RM365.00++

Superior Villa
RM305.00++

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kemudahan Yang Disediakan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Anda pasti akan rasa berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan yang disediakan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor, seperti Kolam Renang, Kemudahan Wi-Fi percuma, Perkhidmatan dobi, Bilik-bilik mesyuarat / jamuan, Keselamatan 24 jam, Bilik-bilik. Perkhidmatan Shuttle dan City Tour (atas permintaan). 

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Setiap hotel tidak lengkap tanpa restoran. Dekat De Palma Eco Resort Kuala Selangor menyediakan Rumbia Restaurant untuk mengisi perut lapar anda. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu masa. Dibuka setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Restoran ini menyediakan masakan tempatan dan juga masakan barat.

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Aktiviti Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Bukan sahaja penginapan yang tenang dan aman damai, dekat De Palma Eco Resort Kuala Selangor juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti kecerdasan untuk anda. Antara aktiviti kecerdasan tersebut ialah zumba, menunggang kuda, berbasikal, badminton, bola tampar, Jungle Trekking, Tele-match dan Team Building. De Palma Eco Resort Kuala Selangor sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk kursus dan team building.

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Zumba

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Menunggang Kuda

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Tele-match 

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Team Building

Lokasi Berdekatan Yang Boleh Dilawati Sekitar De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh anda kunjungi selain dari aktiviti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Antaranya seperti Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kg. Kuantan, Sasaran (Skymirror), dan Pasar Basah & Kering Pasir Penambang. Boleh dikatakan tempat yang selalu dikunjungi sekitar Kuala Selangor para pelancong.

Bukit Malawati

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
 
'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Sasaran (Skymirror)

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Alamat De Palma Eco Resort Kuala Selangor
De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon De Palma Eco Resort Kuala Selangor
+603-3289 7070

Email
info@depalmahotel.com



Olaf's Frozen Adventure + Trailer

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Frozen kembali lagi selepas filem pendek "Frozen Fever" (2015) (ditayangan sebelum filem live-action "Cinderella"). Geng Frozen kembali lagi dengan "Olaf's Frozen Adventure" yang bakal ditayangkan bersama filem animasi Disney Pixar terbaru "Coco" pada November 2017. 

Olaf's Frozen Adventure + Trailer

Sumber : Disneywikia.com

Sinopsis Olaf's Frozen Adventure
Filem pendek "Olaf's Frozen Adventure" yang berdurasi selama 21 minit ini mengisahkan semasa musim cuti berlangsung di kerajaan Arendelle, Elsa beritahu Anna bahawa mereka tidak pernah ada tradisi bercuti sejak kematian ibu bapanya. Walau bagaimanapun, harapan ditangan Olaf dan Sven yang memutuskan untuk meneruskan pengembaraan epik dan mencari tradisi yang sempurna untuk Elsa & Anna sebelum hari besar itu tiba. Olaf's Frozen Adventure dibintangi oleh empat suara original dari filem "Frozen" iaitu Idina Menzel (Elsa), Kristen Bell (Anna), Josh Gad (Olaf) dan Jonathan Groff (Kristoff).

Olaf's Frozen Adventure + Trailer

Sumber : Disneywikia.com

Senarai Lagu Olaf's Frozen Adventure
Untuk filem ini, ada empat (4) buah lagu baru yang dihasilkan oleh Elyssa Samsel dan Kate Anderson iaitu "Ring in the Season", "The Ballad of Flemmingrad", "That Time of Year"dan "When We're Together". Film's score telah dihasilkan oleh Christophe Beck and Jeff Morrow. Soundtrack untuk filem pendek ini telah di-release-kan pada 3 November 2017 oleh Walt Disney Records.

Trailer Olaf's Frozen Adventure


Tarikh Tayangan Olaf's Frozen Adventure
"Olaf's Frozen Adventure" bakal ditayangkan semasa/opening filem animasi "Coco" pada 23 November 2017 (Malaysia). Kepada peminat Frozen, berita baik untuk anda dimana filem kedua Frozen bakal ditayangkan pada November 2019! Can't wait! 


Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid' Untuk Anda Miliki

$
0
0
Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Neffos X1 Max - Peranti Yang Memenuhi Keperluan Harian Anda | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Jika sebelum ini Momi ada review peranti "Neffos X1 Lite", kali ini Momi nak review pula peranti paling terbaharu dari TP-Link iaitu "Neffos X1 Max".  TP-Link tidak asing lagi bagi penggemar peranti mudah alih. Momi berpeluang untuk menggunakan Neffos X1 Max dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya. Best ke tak?

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Skrin Full HD Neffos X1 Max
Momi suka dengan kelebarannya sebesar 5.5 inci IPS. Ia mampu memberi kepuasan kepada anda yang melihatnya buat kali pertana. Paparan skrinnya pula full HD dan lebih tajam dengan 1080p dan 403ppi, dengan contrast dan sudut angle yang sangat baik. Ia membuatkan Neffos X1 Max ini sangat berbaloi untuk anda miliki. Bahagian colour balance pula, Neffos X1 Max adalah neutral tetapi anda boleh ubah temperature color mengikut kesesuaian dan keselesaan pandangan mata anda.

Skrin Neffos X1 Max juga menyokong 'touch gestures', dimana anda hanya perlu double-tap pada skrin untuk membuatkan peranti terbuka sekiranya skrin menjadi gelap. Bagi yang memakai sarung tangan, jangan risau Neffos X1 Max mampu mengesan cap jari anda pada tempat yang sama.

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Hardware Neffos X1 Max
Neffos X1 Max mempunyai struktur badan logam yang nipis dann mempunyai ketebalan dalam sekitar 7mm dan lebar 5.5 inci. Bucunya pula melengkung seperti peranti masa kini, kiranya up-to-date lah designnya. Pada panel belakang mempunyai keupayaan yang lancar, matte finish, dan kamera utama. Menariknya kamera diletakkan ditengah-tengah peranti bersama dwi-LED. Pengimbas cap jarinya pula berada dibawah kamera dan LED. Rasanya lebih mudah untuk 'Unlock' dan bertindak balas selama 0.2 saat. Ia mampu mengesan dalam 5 cap jari dalam sebuah peranti. Cool kan?

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Momi ada perasan pada sebelah kiri Neffos X1 Max ada satu butang iaitu butang 'silent'(senyap).  Rasanya butang ini lebih menarik jika butang silent ini diletakkan kat tengah-tengah peranti, bawah daripada tempat hybrid SIM dan slot memori kad, untuk tampak lebih smart. Lebih menarik lagi jika ia boleh bekerjasama dengan Google’s Fantastic“Do Not Disturb” dimana memudahkan lagi untuk  tutup bunyi telefon.

Bercerita bab kamera hadapannya, ia bersaiz 5MP (Mega pixels) yang terletak pada bahagian atas skrin. Di bawah skin ada capacitive button navigation seperti butang home, butang back dan recent-apps. Bahagian bawahnya pula ada ruang untuk microUSB / charger. Selain itu, Neffos juga menawarkan dua (2) tahun waranti ke atas Neffos X1 Max, apa-apa berlaku boleh pakai waranti tersebut.

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda


Skrin hadapannya pula dilindungi oleh 2.5D Corning Gorilla Glass yang melindungi setiap sudut Neffos X1 Max. Gorning Gorilla Glass ini berfungsi melindungi skrin daripada terhentak, bercalar atau rosak. Selain itu, ia juga direka khas untuk mengelakkan dari melekatnya fingerprint bila kita sentuh skrin smartphone ini dan menampakkan skrin tidak comot. Selain itu, glass protector ini anti silau tau, dimana ia mengurangkan pantulan dan membolehkan anda lebih fokus pada skrin tanpa sebarang gangguan.


Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Kamera Neffox X1 Max
Bagi melengkapkan spec dan prestasinya, adalah penting untuk meletakkan aspek moden dalam pakej setiap peranti. Kamera utamanya sebesar 13MP f/2.0 lens. Kamera ini mampu memberikan gambar yang berkualiti tinggi, warna gambar yang cantik dan shutter yang cepat.  Lagi mudah kalau ambil gambar makanan, gambar potrait atau gambar statik. Peranti ini memiliki kamera belakang yang 'fine rear' dan berfungsi dengan baik. Momi rasa memang sesuai dengan Momi yang suka tangkap gambar ni. Jom tengok gambar menggunakan kamera utama :

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Kamera hadapannya pula sebesar 5MP (Mega pixels). Yang suka nampak flawless dalam gambar tu, anda boleh setkan kepada 'beauty mode' dan pasti akan jatuh cinta dengannya hehe. Walaupun Neffos X1 Max ini bukan direka khas telefon untuk selfie tetapi ada setting Beauty mode dimana menampakkan kulit muka lebih flawless gittew. Selain itu, anda boleh memilih filter menarik untuk bergambar dan tidak lupa, slow-motion dan time-lapse. Jom tengok gambar menggunakan kamera hadapannya :

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Performance Neffos X1 Max
Neffos X1 Max menggunakan processor octa-core MediaTek Helio P10, dimana ia berfungsi sehingga 2GHz dan mengandungi RAM 4GB yang membantu mengekalkan peranti ini berfungsi dengan lancar bersama Built-in memory sebanyak 64GB yang mampu menampung kadar storan yang banyak. Jika anda perlukan storan lebih besar, peranti ini menyokong sehingga 128 GB memori. Agak bagus juga.

Neffos X1 Max juga sesuai untuk mereka yang suka online Facebook sambil main game misalnya, jangan risau sebab dengan RAM 4GB, pasti akan lebih lancar. Selain itu, Neffos X1 Max mampu connect dengan rangkaian 4G LTE.

Neffos X1 Max - Peranti Yang 'Solid', Memenuhi Keperluan Harian Anda

Bateri Neffos X1 Max
Bateri yang berada dalam Neffos X1 Max ialah sebesar 3,000mAh, lebih baik berbanding X1 yang hanya mampu membawa sebesar 2,250mAh. Pastinya bateri yang digunakan tidak boleh dicabut keluar. Selain itu ia juga mengecas dengan pantas, dalam masa 30 minit mampu mengecas sebanyak 50%. Dengan menggunakan peranti ini, Momi menggunakannya dengan baik dan membantu untuk buat kerja harian seperti update social media dengan cepat.

Dengan harga yang berpatutan bersama spesifikasi yang tinggi, pastinya sangat berbaloi dengan Neffos X1 Max. Rasa macam jatuh cinta pula dengan peranti ni. Bukan itu sahaja, ia memudahkan lagi Momi nak buat kerja. Neffos baru sahaja bermula dengan mengeluarkan Neffos X1 Max. Semoga peranti ini menjadi pilihan ramai. Terima kasih kepada TP-Link, Neffos beri Momi peluang untuk rasai pengalaman menggunakan Neffos X1 Max.

Untuk maklumat lanjut mengenai Neffos X1 Max, anda boleh lihat DISINI.

RAFZANTOMOMI.COM - All New Look! More Colourful!

$
0
0
RAFZANTOMOMI.COM - All New Look! More Colourful!

RAFZANTOMOMI.COM - All New Look! More Colourful! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! This is the right time, right moment! Terima wajah baru blog Momi. Lebih ceria, lebih meriah, lebih comel dari biasa hehe. Sempena ulang tahun kelahiran Momi pada Disember dan tahun baharu 2018, Momi mengubah 100%template dan header untuk tahun baharu yang mendatang ni. Biasanya hujung tahun Momi busy sikit, jadi Momi transform blog menjadi baharu. Yeay!
Rasanya kali terakhir tukar template blog ni awal 2016 lalu. Momi masih lagi mengekalkan nama blog cuma designnya lebih ceria dan comel gitu haha. Idea asalnya tak nak tukar sebenarnya, tapi pepagi tadi kotak komen Momi tak berfungsi. Berapa kali cuma godek coding masih sama. Jadi dengan semangat wajanya terus cari template yang cecantik sikit, terpaksa merajinkan diri untuk tukat template baru.

RAFZANTOMOMI.COM - All New Look! More Colourful!

Masa tengah dah ubah suai tu, rupanya ramai yang bagitahu ruangan komen mereka juga tiada. Okay, disebabkan hal itu, makanya Momi teruskan ubah template dan touch up sikit-sikit supaya nampak seperti yang diinginkan. Alhamdulillah settle sikit-sikit, walaupun akan ada beberapa perubahan kecil. Berpeluh jugak menghadap coding tak kesudah tu haha. Harap anda semua suka dengan wajah baru blog Momi ni ya. :)

p/s : ruangan komen masih tak okay. huhu

Stay Strong, Ayah

$
0
0
Stay Strong, Ayah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Sekejap sahaja masa berlalu. Ayah dah sebulan dekat ICU, dengan keadaannya yang sama mungkin juga lebih tenat. Selama tiga puluh hari disini, ramai yang datang melawat, menceriakan dan buat kami senang hati seketika. Terima kasih sangat-sangat. Dah lama nak update cuma hati tak kuat minggu lepas. Lot things happen disekeliling Momi.


Momi teringat minggu lepas masa ayah dah di tebuk dekat bahagian leher, untuk penafasan. Lepas tu semalam juga satu bahagian lagi tepi perut dah kena tebuk. Bila tengok keadaan ayah masa tu macam boleh rasa sakit kalau ayah sedar nanti. Hati tak rela tapi nak tak nak kena hadapi juga.

Beberapa hari lepas tu, ayah punya reaksi tak sama macam selalu. Bila panggil tak layan, mata masih tertutup dan tak genggam tangan pon. Tengok darah ayah masih kena cuci. Kebetulan masa melawat Momi sorang je ada dekat ayah, doktor panggil nak cakap something.


Stay Strong Ayah
Ayah

"Keadaan ayah kamu sedang tenat. Harap bersedia dengan sebarang kemungkinan"
"Kami cuba sedaya upaya, memandangkan jantung, buah pinggang dan parunya tak berapa okay."

Momi rasa kosong. Blank. Tak tahu nak react macam mana, nak buat apa. Terus pandang ayah. Rasa risau sangat dah. Keluar je dari situ, bagitahu emak dengan Amy apa yang doktor cakap. Mak terangkan semuanya dan Momi dah faham sekarang. Dalam hati dah menahan sebak. Malam tu, tidur sambil bergenang air mata. Rindu sangat.

Sekali lagi, saya wakil ayah nak mohon sekiranya ayah saya ada salah dan silap, maafkan ayah ya. Doakan ayah saya cepat sembuh, ada perkembangan positif dan dipermudahkan urusannya.

Semoga cepat sembuh ya ayah.
Rindu sangat dah ni :')

Justice League - Movie Review

$
0
0

Justice League - Movie Review

Justice League - Movie Review |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem superhero iaitu filem "Justice Lagu". Filem ini adalah filem pertama yang menggabungkan lima peneraju utama; iaitu Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg dan Flash dalam satu filem. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 16 November 2017 dan telah mendapat komen yang baik dan juga kurang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Justice League
Filem Justice League yang berdurasi selama 2 Jam ini mengisahkan tentang Batman dan Wonder Woman bekerjasama untuk merekrut satu pasukan untuk melawan musuh jahat, Steppenwolf yang berusaha untuk membangkitkan semula Mother Box. Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg dan Flash bersatu untuk menyelamatkan dunia. Dapatkah mereka menentang Steppenwolf dari menghidupkan semula Mother Box? (Trailer Justice League 2017)
Filem yang menelan belanja sebanyak RM 300 juta ini merupakan arahan Zack Synder. Ia membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Amy Adams, Jason Momoa, Ezra Miller dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX

Justice League - Movie Review
Justice League - Movie Poster

Review Justice League
Good new start. Promosinya sangat wow, it's like poster filem ada dimana-mana. Bagi Momi filem ini lebih baik dari Batman V Superman yang ditayangkan tahun lepas. Menggabungkan enam superhero ini buat ramai yang rasa teruja nak tengok. Jalan ceritanya boleh dikatakan menarik juga walaupun sedikit lambat, mungkin faktor memperkenalkan beberapa watak utama. Ingatkan filem ini akan berterusan serius, tapi i'm glad mereka menyelitkan sedikit humor supaya cerita tak bosan.

Watak antagonisnya pula menarik perhatian dengan kejahatan dan kezalimannya untuk mendapatkan Mother Box. Cuma rasa macam tak puas tengok adengan berlawan sebab orang jahat seperti mudah untuk ditumpaskan. oh ya lupa slogan filem ini "You Can't Save The World Alone", means bila bersatu jadi power. Kalau susah nak ditumpaskan mungkin jadi lebih 'awesome' hehe. | Justice League - Movie Review

Nak tak nak, Momi nak juga mention. Masa Bruce Wayne jumpa Barry / The Flash, keluar lagu kumpulan K-pop kegemaran Momi iaitu BLACKPINK. Kemunculan lagu "AS IF IT'S YOUR LAST" dalam masa seminit macamtu buat Momi teruja. Sebelum menonton, ramai dah heboh yang kemunculan muzik video BLACKPINK ada dalam filem ini hehe.

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini menarik untuk ditonton, not bad-lah untuk filem pertama geng Justice League. Untuk pengetahuan anda, filem dalam DC Extended Universe seterusnya, "Aqua Man" akan ditayangkan pada Disember 2018, "Shazam!" (April 2019), "Wonder Woman 2" (November 2019), "Cyborg" (April 2020) dan Green Lantern Corps (Julai 2020). Selain itu, DC juga bakal mengeluarkan filem-filem berkaitan Justice League seperti "Bat Girl", "Suicide Squad 2" dan banyak lagi.

p/s : pssstt.. ada dua end-credit.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Justice League 2017 Download | Justice League 2017 Subtitle | Justice League 2017 Synopsis | Justice League 2017 Malay Subtitle | Justice League 2017 Torrent | Review filemJustice League 2017 | Barisan pelakon Justice League 2017 |  Review filem Justice League 2017 Bahasa Melayu | Review Justice League 2017 Malay 

Lirik Lagu OST Drama My Coffee Prince 2017

$
0
0
Lirik Lagu OST Drama My Coffee Prince | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Momi rasa nak update tentang OST Drama terbaru di Astro Ria iaitu 'My Coffee Prince'. Memandangkan ramai yang share pasal drama ini di social media, Momi rasa teruja nak tengok gandingan Janna Nick dan Fattah Amin. Lagu Runut bunyi (OST) drama 'My Coffee Prince' ini dinyanyikan oleh Janna Nick yang berjudul "Sebentar Saja" dan Janna Nick dan Alvin Chong berjudul "Aku Kamu".

'My Coffee Prince' arahan Michael Ang membariskan pelakon-pelakon seperti Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran bermula 27 November 2017 pada setiap Isnin - Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123. Jom dengar lagu "Love Themes".

>>DENGAR LAGU "SEBENTAR SAJA" - JANNA NICK (OST DRAMA MY COFFEE PRINCE)<<

Lirik Sebentar Saja - Janna Nick
Komposer : -
Penulis Lirik : -

akan di-update kemudian.

>>DENGAR LAGU "LOVE THEMES" - JANNA NICK & ALVIN CHONG (OST DRAMA MY COFFEE PRINCE)<<

Lirik Aku Kamu - Janna Nick & Alvin Chong
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

(Janna Nick)
Rasanya Kau
Tahu Kita
Punya Rasa Yang Sama

(Alvin Chong)
Rasanya Kau
Tahu Kita 
Punya Rahsia Yang Sama

(Janna Nick & Alvin Chong)
Jadi Apa Penghujungnya 
Akankah Kita Bersama 

Aku Aku 
Teruskan Ku Mencinta 
Tak Terhapus Oleh Waktu 

Kamu Kamu
Teruskan Lah 
Walau Takdir Tak Bersama

(Janna Nick)
Janji Kamu Bahagia 

Rasanya Kau 
Tahu Kita 
Mahu Rasa Yang Sama

(Janna Nick & Alvin Chong)
Jadi Apa Penghujungnya 
Akankah Kita Bersama

Aku Aku
Teruskan Ku Mencinta 
Tak Terhapus Oleh Waktu 

Kamu Kamu 
Teruskan Lah 
Walau Takdir Tak Bersama

Bawalah Cinta Ku Bersama
Tidakkah Hati Ku Pada Cintamu
Ohh

Aku Aku 
Teruskan Ku Mencinta 
Tak Terhapus Oleh Waktu 

Kamu Kamu
Teruskan Lah 
Walau Takdir Tak Bersama

Walau Hatimu Tidak Denganku
Walau Takdir Tak Bersama 
Janji Kamu Bahagia (Bahagia)

*Kedua-dua lirik masih belum official

Lagu Baru Melayu 2017 | Lagu Baru Janna Nick 2017 | Lirik Lagu Janna Nick | Lagu Janna Nick Download | Aku Kamu - Janna Nick & Alvin Chong (OST Drama Coffee Prince) Mp3 | Lirik Lagu Aku Kamu - Janna Nick & Alvin Chong (OST Drama Coffee Prince) |  Lagu Aku Kamu - Janna Nick & Alvin Chong (OST Drama Coffee Prince) Download | Aku Kamu - Janna Nick & Alvin Chong (OST Drama Coffee Prince) Mp3 | Sebentar Saja - Janna Nick (OST Drama Coffee Prince) Mp3 | Lirik Lagu Sebentar Saja - Janna Nick (OST Drama Coffee Prince)  Lagu Sebentar Saja - Janna Nick (OST Drama Coffee Prince) Download | Sebentar Saja - Janna Nick Mp3

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

$
0
0

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Expo Negaraku 2017 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Tahukah anda bermula 15 November sehingga 15 Disember 2017 berlangsungnya Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger berpeluang untuk turut serta menjadi sebahagian dari pengujung Expo Negaraku untuk mengetahui informasi terkini mengenai projek Negara. 

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Expo Negaraku ini diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak bagi mempamerkan projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia demi menyediakan kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Menariknya, kesemua informasi tersebut dipamerkan dalam bentuk interaktif dan informatif. Anda pasti akan teruja melihat, mendengar dan merasai sendiri pelbagai kemudahan yang disediakan. Bagi Momi satu kelainan untuk menarik ramai lagi rakyat Malaysia datang ke Expo Negaraku.

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Tarikan utama di Expo Negaraku ini ialah 5 buah kubah yang diinspirasikan dari 5 Rukun Negara yang merupakan janji dan ikrar kita kepada negara. Setiap kubah mempunyai keunikan dan ciri yang berbeza, jom zoom sikit : 

Kubah 1 : Tuah Dikongsi Bersama
Untuk permulaaan pengembaraan, anda akan masuk melalui Kubah 1 yang menayangkan video yang menyelami kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara. Dengan skrin besar, anda merasai seperti menonton wayang dan paling best sebab ia sejuk! hehe. 

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Kubah 2 : Kemudahan Infrastruktur
Selesai di Kubah 1, kita beralih ke Kubah 2 yang paling Momi suka. Sebab dekat Kubah kedua ini anda akan rasai sendiri segala kemudahan infrastruktur yang membawa transformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia. Dari jalan raya, lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggalah ke penjanaan kuasa. Rasailah sendiri kemudahan-kemudahan ini dengan cara yang berbeza. Wajib masuk tau! hehe.

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Kubah 3 : Kehidupan & Kesejahteraan
Kubah ketiga pula melihat sendiri testimoni kelebihan-kelebihan pelbagai program dan inisiatif yang menjana pertumbuhan ekonomi dan menambahbaik tahap kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Dekat sini anda akan jumpa telefon yang lama dan baru. Selain itu, ada juga sesi mewarna , sesuai untuk kanak-kanak.

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Kubah 4 : Gaya Hidup Malaysia
Kubah keempat pula, anda akan melihat panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118, lanskap Pulau Langkawi yang menakjubkan dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Memang best yang kereta kabel tu. Satu lagi ada sesi bergambar beramai-ramai sambil menari tau dan anda boleh tengok semula gambar anda di www.exponegaraku.com.my. Tengok la bagaimana Momi dan kawan-kawan pose sambil menari tu. hehehee. 

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Kubah 5 : Masa Depan Gemilang
Kubah terakhir (kubah lima) pula membawa anda menyaksikan paparan visual 360 Darjah mengenai masa hadapan negara menerusi pembangunan Bandar Malaysia. Ada rezeki dapat baring atas bantal atau duduk dekat kerusi sambil menonton. Memang awesome gais !

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Rancang elok-elok kalau nak ke Expo Negaraku ini sebab ada pelbagai cara untuk anda kesini menggunakan kereta api. Oh ya, siapa nak naik GRAB ada promo kod disediakan sepanjang expo ini berlangsung, sila guna kod "EXPONEGARAKU17" tau dapat RM5 off untuk 2 perjalanan.

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Jika anda lapar jangan risau sebab dekat sebelah Expo ada disediakan Makan-Makan Expo Negaraku. Banyak pilihan makanan tau. Selain itu, terdapat juga acara-acara sampingan seperti Kesihatan dan Kesejahteraan, Citarasa Kita, Kebudayaan dan Pelancongan serta Aktiviti & Permainan untuk anda sertai. 

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Untuk mereka yang datang dari jauh untuk ke Expo Negaraku, anda boleh pilih hotel yang ada promo iaitu Grand Millenium,Kuala Lumpur, Pullman Hotels and Resorts Kuala Lumpur, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur, StarPoints Hotel Kuala Lumpur, Fraser Place Kuala Lumpur, Premiera Hotel Kuala Lumpur dan Hotel Transit Kuala Lumpur dengan menggunakan kod promo #EXPONEGARAKU. Ada diskaun gais!

Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

Haaa. menarik tak? Pasti buat anda rasa teruja tau. Untuk pengetahuan anda, MASUK ADALAH PERCUMA ! Anda boleh masuk seberapa banyak kali yang anda mahu hehe. Pastikan beratur elok-elok ya, jangan tolak-tolak tau. Expo Negaraku ini dibuka setiap hari selama sebulan bermula 15 November 2017 sehingga 15 Disember 2017. Jom datang beramai-ramai :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Expo Negaraku, sila ke : 




Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang

$
0
0
Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Siapa tidak kenal dengan karakter Upin dan Ipin dari siri animasi 'Upin Ipin' yang telah bersiaran lebih dari 10 tahun. Baru-baru ini berlangsungnya Karnival Upin dan Ipin di tapak pameran Maeps, Serdang dan diadakan selama 3 hari bermula pada hari Jumaat, 24 November 2017 hingga Ahad, 26 November 2017. Bertemakan '#UpinIpinLuarBiasa', karnival ini akan membawa anda ke alam Upin Ipin dan animasi-animasi dibawah Les' Copaque Production serta penampilan istimewa Ultraman Ribut yang dibawakan khas dari Jepun. .

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Orang Ramai Beratur Untuk Beli Tiket Karnival Upin Ipin

Momi berkesempatan untuk pergi ke Karnival Upin Ipin ini pada 25 November 2017 (Sabtu) untuk merasai sendiri pengalaman ke karnival tersebut. Tiba pada pukul 12.00 tengah hari, sememangnya ramai yang dah beratur sampai ke luar tau barisannya. Kebanyakkannya yang membawa keluarga dan anak kecil yang pastinya meminati Upin Ipin. Harga tiket Karnival Upin Ipin adalah seperti berikut : 

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Harga Tiket Karnival Upin Ipin 2017

Harga tiket berbaloi juga dengan beberapa aktiviti yang anda boleh sertai. Untuk pembelian tiket jenis VIP, anda dapat melalui jalan pintas untuk ke rumah Opah, Green Boom (sesi potografi), tabung Upin Ipin dan peluang sesi temu mesra bersama maskot Upin Ipin / Ultraman Ribut / Puteri. Menarik kan?

Bab parkir pula, ada dua bahagian parkir; parkir biasa dan parkir premium. Momi memilih parkir premium berharga RM15 sebab sangat dekat dengan dewan A dan dewan C, manakala parkir biasa berharga RM5 - jauh dari tapak Maeps dan jangan risau, tram disediakan untuk anda supaya anda tak perlu jalan jauh. Oh ya, karnival ini tak banyak gerai makanan, jadi anda boleh makan siap-siap sebelum masuk tau.

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Kemeriahan Di Kaunter Tiket

Dekat Karnival Upin Ipin ini, terdapat dua dewan yang boleh anda masuk iaitu Dewan A (Dewan Utama) dan Dewan C (Dewan Magik). Apakah keistimewaan kedua-dua dewan ini? Jom tengok.

Dewan A
Dewan A - Dewan Utama menempatkan pentas besar untuk persembahan Upin Ipin Musical, aktiviti Dadudido, Puteri, Pada Zaman Dahulu, dan macam macam lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis jualan yang disediakan dan istimewanya ada kedai makan Upin & Ipin, merchandise store, ruang permainan PS4 serta mural 3D. Bukan itu sahaja, ada jual juga baju T yang dibuat depan mata anda. Memang menarik. Memang layan habis tengok Kisah Pengembala dan Biri-Biri. 


Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Tengok apa tu dik?

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Sesi Rakaman Suara

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Rumah Opah

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Reban Ayam

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Mewarna menggunakan maker

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Nenek Kebayan. Seram tak?

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Kite seru perigi.. hehe.

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Dalam Rumah Opah

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Alam Dino

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Wayang Kulit

Dewan C
Dewan C - Dewan Magik pula menempatkan tarikan utamanya iaitu Rumah Opah. Anda berpeluang untuk melihat sendiri Rumah Opah, memang sangat sama. Lagi-lagi bahagian ruang tamu. Dekat dalam Rumah Opah, anda boleh bergambar di ruang tamu dan dapur. Selain dari Rumah Opah, juga terdapat bahagian Ultraman Ribut, Pengembaraan Alam Dino, Tadika Mesra dan Magic Pin Pin Pom. Menariknya ada juga rumah Nenek Kebayan, yang rata-rata kanak-kanak takut selepas kemunculan nenek kebayan dalam cermin. Lepas tu ada juga wayang kulit Upin Ipin yang pastinya buat anda lebih teruja.

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Pentas Utama

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Maze Pada Zaman Dahulu

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Baju T Upin Ipin

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Booth Jualan

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Eh Upin Ipin nak turun lah. 

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Seronok Mei Mei, Susanti dan adik-adik menari lagu Bunga Matahari


Sememangnya banyak aktiviti menarik yang anda boleh sertai jika anda datang ke Karnival Upin Ipin. Sangat sesuai bawa anak serta keluarga anda bersama merasai sendiri pengalaman bersama Upin Ipin sambil mengeratkan silaturrahim. Tunggu apa lagi, jom pergi Karnival Upin Ipin!

Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Upin Ipin, sila layari


Bintang RTM 2018 | Ujibakat Bintang RTM 2018 Bermula Disember 2017

$
0
0
Bintang RTM 2018 | Ujibakat Bintang RTM 2018 Bermula Disember 2017

Bintang RTM 2018 - Ujibakat Bintang RTM 2018 Bermula Disember 2017 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Bintang RTM telah melahirkan ramai penyanyi yang sangat berbakat dan masih menempah nama dalam industri muzik masa kini. Antara artis kelahiran Bintang RTM ialah Dato' Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Nora, Liza Hanim Misha Omar, Sarah Raisuddin, Azharina Azhar, Ernie Zakri, dan ramai lagi. Untuk tahun 2018, sekali lagi Bintang RTM kembali dengan ujibakat yang bakal diadakan Disember ini. Momi nak share sikit info mengenai Ujibakat Bintang RTM 2018 yang bakal bermula Januari 2018.


Tarikh Uji Bakat Bintang RTM 2018

ZON SELATAN
Tarikh : 1 - 3 Disember 2017
Lokasi : Kilang Bateri, Johor Bahru
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON TIMUR
Tarikh : 2 & 3 Disember 2017
Lokasi : RTM Kuantan, Pahang
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON SARAWAK
Tarikh : 9 & 10 Disember 2017
Lokasi : RTM Kuching, Sarawak
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON SABAH
Tarikh : 9 & 10 Disember 2017
Lokasi : RTM Kota Kinabalu, Sabah
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON UTARA
Tarikh : 16 & 17 Disember 2017
Lokasi : RTM Pulau Pinang
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Syarat Uji Bakat Bintang RTM 2018
  • Anda WAJIB mengisi borang penyertaan uji bakat dengan lengkap.
  • Warganegara Malaysia.
  • Had umur antara 17 tahun hingga 25 tahun.
  • Mempunyai perwatakan yang menarik.
  • Sila sertakan satu salinan kad pengenalan & sekeping gambar berwarna berukuran 4R.
  • Menyanyikan lagu-lagu ciptaan pencipta tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama pop komersial, balada, rock, r&b, Jazz, dangdut dan pop etnik.
  • Genre lagu yang tidak dibenarkan – irama ‘trash’, ‘punk’, ‘heavy metal’, ‘black metal’, ‘underground’ dan lagu yang tidak diluluskan oleh pihak Panel lagu RTM.
  • Peserta WAJIB membawa muzik ‘minus-one’ lagu pilihan dalam bentuk CD ataupun DVD karaoke.
  • Berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
  • RTM berhak menolak mana-mana penyertaan yang melanggar syarat yang ditetapkan.
  • Peserta akan diadili oleh panel juri profesional yang dilantik oleh RTM.
  • Hanya peserta yang LAYAK akan dihubungi.



Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

$
0
0
Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Tahun 2017 bakal menutup tirainya tidak lama lagi. Rasanya semua dah bersedia nak masuk tahun 2018 kan? Kepada mereka yang menyambut krismas, tahun ini apa kata anda ke Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral kerana mereka menghidangkan buffet makan malam bermula 1 Disember sehingga 30 Disember 2017. 

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Menu-menu yang dipilih untuk buffet ini sangat sesuai dengan perayaan krismas bersama hidangan istimewa tempatan dari Nook , pastinya bakal membuat anda rasa nak bertambah makan. Istimewanya terdapat banyak pilihan daging yang anda boleh rasai seperti Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass dan banyak lagi.

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Selain itu, pelbagai hidangan western dan tradisional turut dihidangkan dari sebahagian dari buffet. Hidangan tersebut ialah Apple & Chestnut Stuffing, Brussel Sprout with Bacon, Herbed Potato Wedges, Creamy Garlic Mashed Potatoes, Smokey Gratinated Mushroom Ham Mac ‘N’ Cheese dan Steamed Crushed Potato

Nak lagi best, datang pada malam Krismas (Christmas Eve) dan Hari Krismas kerana Nook bakal menyediakan hidangan paling ditunggu semasa krismas iaitu Roast Turkey. Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey dihidangkan dengan pelbagai perasa dan sos termasuk Prunes and Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Jus, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Broccoli Polonaise, Braised Carrot in Orange Reduction serta Sauteed Brussel Sprout with Almond Flake.

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Mengekalkan kelebihannya, Nook juga akan menawarkan hidangan rasa Asia pada Disember ini. Antara menu rasa Asia yang dihidangkan ialah Stewed beef in Turmeric & Coconut, Prawns with Chilli Paste and Stink Beans, Spicy Deep-Fried Fermented Bean Curd with Potato, French Bean with Dhall, Bhendi Kurma, Ghee Rice with Chick Pea, Buttered Prawn with Oats, Stir-Fried Beef with Chinese Barbeque Sauce, Fried Bamboo Shoot with Olive Leaves dan banyak lagi.

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Sudah ada hidangan utama pasti ada juga manisannya. Pencuci mulut memang wajib Momi cari jika makan di hotel. Di Nook, mereka menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut yang sesuai dengan hari Krismas seperti Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole dan Black Forest Push Pops. Tidak lupa, beberapa jenis pie untuk anda cuba seperti Apple, Pumpkin, Pecan dan Lemon Meringue Pie.

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Harga Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Bermula 1 Disember 2017 hingga 30 Disember 2017, Buffet sempena Krismas di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral bermula seawal 6.30 petang sehingga 10.30 malam ini menawarkan harga seperti berikut :

  • RM118.00 (1 Disember - 30 Disember 2017)
  • RM128.00 (Semasa Hari Krismas 25/12) 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +60 327231188 atau sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.

Terima kasih Aloft KL Sentral!

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

$
0
0
Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Nasi Lemak Panas Selera Jaya 223, Jalan Petaling | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Penggemar Nasi Lemak atau anda sedang mencari makan malam yang sedap di sekitar Petaling Jaya? Apa kata anda cuba makan Nasi Lemak dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling. Tak pasti dah berapa lama beroperasi. Baru-baru ini, Abang Iju bawak kami sekeluarga selepas melawat ayah dekat PPUM makan dekat sini. Apa yang menariknya dekat Selera Jaya 223 ini selain dari Nasi Lemak?

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Sebelum cerita pasal makanan lain, nak cerita pasal Nasi Lemak dekat Selera Jaya 223 ni. Disebabkan Abang Iju kata Nasi Lemak dekat sini sedap, Momi cubalah sebungkus. Nasi Lemak dekat sini ada dua (2); Nasi Lemak Merah dan Nasi Lemak Biru. Memandangkan Momi suka dengan Nasi Lemak cop merah, beberapa kali datang sini ambil yang warna merah sahaja. Suka dengan sambal dan nasi lemaknya, dalam masih panas lagi dalam bungkusan. Telur rebus pula separuh, ada rezeki dapat telur sebiji hehe. Harga nasi lemak tersebut ialah RM1.60 (sebungkus). 

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Selain dari Nasi Lemak, ada banyak lagi kedai yang best-best dekat Selera Jaya 223 ni. Yang selalu Momi dan keluarga makan seperti 'Smoky Wings', 'Chezzy Fries', 'Rojak Buah', 'Otak-otak', 'Gravy Meatballs', 'Nancheese' dan beberapa makanan lagi. Senang cerita tengok je gambar yang Momi sempat tangkap ni : 

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Smoky Wings 
Harga : RM9.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Chezzy Fries 
Harga : RM7.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Gravy Meatballs
Harga : RM6.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Nancheese
Harga : RM6.00


Alamat Medan Selera 223 / Nasi Lemak 223 
Medan Selera 223
Jalan 51a/223, Seksyen 51a,
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi Medan Selera 223, Petaling Jaya
6.00 petang - 2.00 pagi

Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman

$
0
0
Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman

Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Amira Othman bakal kembali dengan single terbarunya "Mimpi Indah". Video teaser Mimpi Indah telah diupload di channel rasmi Seventeen Eleven Music pada 20 November lalu. Lagu Mimpi Indah nyanyian Amira Othman ini hasil ciptaan Hael Husaini dan produce oleh Edry Abdul Halim. Lagu ini bakal dikeluarkan pada awal Disember, jadi semua tunggu ya ! Sementara tu anda layan dulu teaser lagunya ya!


Lirik Mimpi Indah - Amira Othman
Komposer : Hael Husaini
Penulis Lirik : Hael Husaini
Produser : Edry Abdul Halim
© 2017 Seventeen Eleven Music Sdn Bhd

Malam terjaga terfikirkannya
Sedang apa dimana dia
Siang terkenang masih terbayang
Bersemuka dengan si dia

Senyum mulut bicara
Tapi hati tak sama
Mungkin kini jaraknya berbeza
Namun kau tetap ku damparkan

Tegakkan dirinya



lirik diambil dari sedutan "Mimpi Indah". Lirik sepenuhnya akan dikemaskini selepas lagu keluar. Harap maklum.


Lagu Baru Melayu 2017 | Lagu Baru Amira Othman 2017 | Lirik Lagu Amira Othman | Lagu Amira Othman Download | Mimpi Indah - Amira Othman Mp3 | Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman  Lagu Love Mimpi Indah - Amira Othman Download |Mimpi Indah - Amira Othman Mp3 


Viewing all 1900 articles
Browse latest View live