Quantcast
Channel: @RAFZANTOMOMI
Viewing all 1900 articles
Browse latest View live

Filem Menarik Tahun 2018

$
0
0

Filem Menarik Tahun 2018 | Assalamulaikum & Salam sejahtera. Tahun 2018 masih jauh lagi tetapi banyak filem telah diumumkan untuk tayangan 2018. Tahun 2018 semestinya lebih hebat dan padat dengan filem yang menarik. Seperti biasa, beberapa filem sekuel yang box office akan ditayangkan pada tahun 2018. Antaranya ialah Avengers, Insidious, X-Men, Hotel Transylvania, Deadpool, Ant-Man dan banyak lagi. Anda sudah bersedia untuk tempuhi 2018?


Filem Menarik Tahun 2018
(photo credit to comingsoon.net.)

Insidious: The Last Key
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 4 Januari 2018
Genre: Seram / Misteri
Durasi: -
Pelakon: Lin Shaye, Hana Hayes, Leigh Whannell, Angus Sampson
Pengarah: Adam Robitel
Format: 2D
Sinopsis / Info Insidious : Chapter 4 :
Mengambil tempat selepas "Chapter 3", filem ini kembali ke permulaan parapsikologis Elise Rainer, ketika pengembaraannya untuk mencari seseorang yang memburu dirinya baru bermula.

Trailer Insidious : Chapter 4 : Official

(photo credit to comingsoon.net.)

Maze Runner: The Death Cure
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Patricia Clarkson, Dexter Darden
Pengarah: Wes Ball
Format: 2D
Info Maze Runner: The Death Cure : 
WICKED telah mengambil hidup, memori dan rakan Thomas. Tetapi semuanya akan berakhir selepas satu ujian terakhir. WICKED tidak tahu yang Thomas masih mempunyai memori lama dan dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Thomas menewaskan Maze. Dia berjaya mengharungi Scorch. Kini dia dalam misi mencari penawar untuk mengubati wabak membawa maut yang dikenali sebagai "Flare".

Trailer Maze Runner: The Death Cure : Official

Imej Akan Datang

God Particle - 2018 Cloverfield Movie
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 31 Januari 2018
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: David Oyelowo, Gugu Mbatha-Raw, John Krasinski, Elizabeth Debicki
Pengarah: Julius Onah
Format: 2D
Sinopsis God Particle :
Berkisarkan di stesen angkasa lepas Amerika, selepas kemalangan dengan pemecut zarah, sepasukan angkasawan tiba-tiba mendapati Bumi telah hilang. Perkara menjadi lebih pelik apabila mereka dapat mengesan stesen angkasa lain berdekatan.

Trailer God Particle :akan datang


Fifty Shades Freed
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 8 Februari 2018
Genre: Drama / Romantik
Durasi: -
Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan, Kim Basinger, Arielle Kebbel, Brant Daugherty, Luke Grimes
Pengarah: James Foley
Format: 2D
Sinopsis Fifty Shades Freed :
Kesinambungan dari kisah 'Fifty Shades Darker', Christian dan Ana kini sudah berkahwin. Walau bagaimanapun, kehidupan Ana terancam apabila bekas bosnya, Jack Hyde, bersumpah untuk membalas dendam kerana dipecat dari SIP. Elena juga kembali menghantui Kristian dan menjadikan kehidupan pasangan itu jauh lebih menyusahkan.

Trailer Fifty Shades Freed : Official

Filem Menarik Tahun 2018
(photo credit to comingsoon.net.)

Marvel's Black Panther
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 15 Februari 2018
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'o
Pengarah: Ryan Coogler
Format: 2D
Sinopsis / Info Marvel's Black Panther :
Filem Marvel ini mengisahkan tentang seorang Putera Wakanda, T`Challa, yang mengambil alih sebagai Black Panther selepas bapanya, yang juga merupakan raja, telah dibunuh. Filem ini merupakan sebahagian daripada Fasa Ketiga Marvel Cinematic Universe.

Trailer Marvel's Black Panther : Teaser

Filem Menarik Tahun 2018

A Wrinkle In Time
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: -
Pelakon: Storm Reid, Opraf Winfrey, Reese Witherspoon, Mindy Kaling, Chris Pine
Pengarah: Ava DuVernay
Format: 2D
Sinopsis / Info A Wrinkle In Time : 
akan datang

Trailer A Wrinkle In Time : Teaser

Filem Menarik Tahun 2018
(photo credit to comingsoon.net.)

Tomb Raider
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
Genre: Aksi
Durasi: --
Pelakon: Alicia Vikander, Walton Goggins, Daniel Wu, Dominic West, Hannah John-Kamen
Pengarah: Roar Uthaug
Format: 2D
Sinopsis Tomb Raider :
Lara Croft adalah anak seorang penjelajah yang hilang ketika ekspedisi ke sebuah pulau terpencil. Beberapa tahun selepas kehilangan ayahnya, dia memulakan ekspedisinya sendiri untuk mencari ayahnya.

Trailer Tomb Raider : Official

Filem Menarik Tahun 2018
(photo credit to comingsoon.net.)

Pacific Rim : Uprising (also known as 'Pacific Rim 2')
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 22 Mac2018
Genre: Aksi
Durasi: --
Pelakon: John Boyega, Scott Eastwood, Cailee Spaeny, Jing Tian, Rinko Kikuchi, Charlie Day
Pengarah: Steven S. DeKnight
Format: 2D
Sinopsis / Info Pacific Rim : Uprising : 
Filem sekuel arahan Guillermo Del Toro "Pacific Rim" pada tahun 2013 ini memaparkan kisah tentang manusia menentang makhluk Kaiju dari filem pertama.

Trailer Pacific Rim : Uprising : Official

Imej Akan Datang

A Quiet Place
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 April 2018
Genre: Drama / Seram / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: John Krasinski, Emily Blunt, Noah Jupe, Millicent Simmonds
Pengarah: John Krasinski
Format: 2D
Sinopsis A Quiet Place : 
akan datang

Trailer A Quiet Place : Teaser

(temporary photo) 

The New Mutants
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 12 April 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: --
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D
Sinopsis The New Mutants :
akan datang

Trailer The New Mutants  : akan datang


Rampage
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 19 April 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Dwayne Johnson, Naomie Harris, Malin Akerman, Joe Manganiello, Jake Lacy
Pengarah: Brad Peyton
Format: 2D
Sinopsis Rampage : 
Davis Okoye telah menjaga seekor gorilla albino bernama George sejak ia kecil tapi sebuah eksperimen genetik telah menukarnya menjadi seekor makhluk gergasi. Bukan sahaja George, malah seekor serigala dan seekor buaya turut menjadi mangsa eksperimen itu. Kini Davis perlu mencari antidot untuk menyelamatkan George dan menghentikan ketiga-tiga makhluk itu daripada memusnahkan dunia.

Trailer Rampage :akan datang

(photo credit to comingsoon.net.)

Marvel's Avengers: Infinity War
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 26 April 2018
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Robert Downey Jr. , Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Chris Evans, Chris Hemsworth, Chris Pratt , Elizabeth Olsen, Sebastian Stan, Benedict Cumberbatch, Paul Bettany
Pengarah: Joe Russo, Anthony Russo
Format: 2D
Sinopsis Marvel's Avengers: Infinity War : 
Filem ini adalah bahagian pertama daripada dua sekuel kepada "Marvel`s The Avengers" dan "Avengers: Age of Ultron". Ia akan menampilkan Thanos sebagai antagonis utama dan berkisarkan tentang Infinity Gauntlet dan enam Infinity Stones.

Trailer Sinopsis Marvel's Avengers: Infinity War : Official


Imej Akan Datang

Slender Man
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 17 Mei 2018
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Jaz Sinclair, Joey King, Julia Goldani Telles, Annalise Basso
Pengarah: Sylvain White
Format: 2D
Sinopsis Slender Man : 
akan datang

Trailer Slender Man :akan datang

(credit photo to comingsoon.net)

Solo : A Star Wars Story
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 24 Mei 2018
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Alden Ehrenreich, Woody Harrelson, Emilia Clarke, Donald Glover, Thandie Newton, Phoebe Waller-Bridge, Joonas Suotamo
Pengarah: Phil Lord, Christopher Miller
Format: 2D

(photo credit to comingsoon.net)

Deadpool 2
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 31 Mei 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: --
Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, T.J. Miller
Pengarah: David Leitch
Format: 2D
Sinopsis / Info Deadpool 2 : 
akan datang

Trailer Deadpool 2 : akan datang

(photo credit to comingsoon.net)

Jurassic World : Fallen Kingdom
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 7 Jun 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jeff Goldblum, B. D. Wong, James Cromwell
Pengarah: J. A. Bayona
Format: 2D
Sinopsis/Info Jurassic World : Fallen Kingdom : 
akan datang

Trailer Jurassic World : Fallen Kingdom : akan datang

Filem Menarik Tahun 2018

The Incredibles 2
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Animasi
Durasi: --
Pelakon: Holly Hunter, Samuel L. Jackson
Pengarah: Brad Bird
Format: 2D
Sinopsis/Info The Incredibles 2 : 
akan datang

Trailer The Incredibles 2 : Teaser

(credit photo to blastr.com)

The Purge : The Island
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 4 Julai 2018
Genre: --
Durasi: --
Pelakon: --
Pengarah: --
Format: 2D
Sinopsis The Purge 4  :
akan datang

Trailer The Purge 4 :akan datang

(photo credit to comingsoon.net)

Marvel's Ant-Man And The Wasp
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 Julai 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains / Superhero
Durasi: --
Pelakon: Paul Rudd, Evangeline Lilly
Pengarah: Peyton Reed
Format: 2D
Sinopsis / Info Marvel's Ant-Man And The Wasp  : 
Berlatarkan selepas kejadian "Captain America: Civil War". Selepas berjuang bersama Captain America ketika Civil War, Scott Lang kini menjadi penjenayah antarabangsa yang dikehendaki.

Trailer Marvel's Ant-Man And The Wasp : akan datang

Filem Menarik Tahun 2018

The Nun
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 12 Julai 2018
Genre: Seram / Misteri / Ngeri
Durasi: -
Pelakon: Taissa Farmiga, Demián Bichir, Bonnie Aarons
Pengarah: Corin Hardy
Format: 2D
Sinopsis / Info The Nun : 
Filem 'spin-off' dari filem The Conjuring 2.

Trailer The Nun: akan datang

Filem Menarik Tahun 2018

Hotel Transylvania 3
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 12 Julai 2018
Genre: Animasi
Durasi: -
Pelakon: Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez
Pengarah: Genndy Tartakovsky
Format: 2D
Sinopsis Hotel Transylvania 3 : 
Mavis mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk bapanya dan telah merancang pelayaran keluarga di kapal layar besar. Ini adalah percutian jauh daripada semua orang yang bercuti di Hotel Transylvania, tetapi sudah pasti rakan Drac turut mengikutnya. Ketika dalam kapal, Drac mula jatuh cinta dengan kapten kapal. Mavis cuba menjauhkan bapanya daripada kapten itu, yang rupa-rupanya Ericka Van Helsing, iaitu waris musuh purba Drac, Abraham Van Helsing.

Trailer Hotel Transylvania 3 :akan datang

(photo credit to comingsoon.net.)

Ralph Breaks the Internet : Wreck-It Ralph 2
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 22 November 2018
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Durasi: --
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: John C. Reilly, Sarah Silverman. Jack McBrayer, Jane Lynch
Pengarah: Rich Moore, Phil Johnston
Format: 2D
Sinopsis / Info Ralph Breaks the Internet : Wreck-It Ralph 2 : 
Kesinambungan dari filem "Wreck-It Ralph" (2012), kali ini kisah pengembaraan Ralph di ruang data internet apabila Wifi disambungkan ke arcade.

Trailer Ralph Breaks the Internet : Wreck-It Ralph 2 : akan datang

Filem Menarik Tahun 2018!
(photo credit to www.cbr.com)
Bumblebee
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 27 Disember 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon:
Pengarah: Travis Knight
Format: 2D
Sinopsis / Info Bumblebee : 
akan datang

Trailer Bumblebee  : akan datang

Others

- Mamma Mia! Here We Go Again(Julai 2018)
- Mission Impossible 6 (Julai 2018)
- Goosebumps : Horror Land (Oktober 2018)
- Halloween (Oktober 2018)
- Jungle Book (Oktober 2018)
- X-Men: Dark Phoenix (November 2018)
- Mulan(November 2018)
- Fantastic Beasts and Where to Find Them 2 (November 2018)
- Aquaman(Disember 2018)


*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Kesemua info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2018 | Filem Gempak Tahun 2018 | Download Filem Baru 2018 | Trailer Filem Tahun 2018 | Senarai Filem 2018 | Senarai Filem Aksi 2018| Senarai Filem Animasi 2018 | Senarai Filem Seram 2018


11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi

$
0
0
11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Oleh kerana ramai yang bertanya (walaupun lima, enam orang) macam mana nak bergaya ala Momi ni masa bergambar. Maka dengan ini secaranya 'confident'-nya Momi nak kongsikan kepada anda, teknik bergambar yang cantik dari Momi. Mostly memang selalu anda akan nampak dekat social media Rafzan Tomomi.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Genting Highlands

Untuk memastikan gambar itu cantik dan sedap mata memandang, Momi edit secara pantasnya dekat aplikasi 'VSCO Cam' sebab kebanyakkan filter dekat aplikasi ini memang menarik. Selain dari pilih filter, Momi akan memastikan gambar tersebut cantik dan sesuai untuk dipublish. Sebenarnya setiap satu gaya ada namanya tapi Momi hanya listkan 11 gaya bergambar persis Rafzan Tomomi. Anda sudah bersedia? 

01 Gaya Kaki Silang
Gaya kaki silang ni orang kata 'signature' bila Momi bergambar. Memandangkan berat badan semakin meningkat, susah sikit nak buat kaki silang haha. Bila buat ni confirm tengah rajin atau baru mula photoshoot gitu. Gaya silang kaki ini sudah lama digunakan sejak dahulu kala lagi sebenarnya. Jika kaki dan peha anda kurus dan cantik, cubalah bergaya macam ni.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Silang dekat Kampung

02 Gaya Cekak Pinggang
Untuk gaya kedua ini, ada hubung kait dengan posing yang pertama. Kalau kaki silang atau kaki kanan kedepan, mesti nak cekak pinggang. Mungkin fefeeling top model agaknya haha. Ini pon salah satu posing yang Momi selalu jugak buat sebab apa sebab nak tunjuklah Momi ramping wakk! haha


11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Photoshoot bersama Kaio Studio

03 Gaya Kaki Terbuka
Inspired by someone rasanya. Kadang-kadang bila buat gaya kaki terbuka ni rasa macam gorgeous dan feeling international  dan nampak lebih yakin rasanya (confident!). Tengok saja gambar dibawah, kemain lagi kan gayanya, lagi-lagi bergambar bersama kuda ni. Masa ni dah risau kot-kot kuda sepak Momi, takut tau. haha.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Terbuka bersama Kuda di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Gaya Kaki Terbuka semasa Photoshoot bersama YLZ Studio


04 Gaya Kaki Kanan Ke Hadapan
Ada sebabnya bergaya seperti ini. Gaya ini bertujuan untuk menyorokkan beberapa lemak dipeha haha. Tiada penerangan yang lebih terperinci haha.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Kanan Ke Hadapan di Lombok, Indonesia
Kapal Korek Tanjung Tualang, Perak

05 Gaya Kaki Terangkat
Ini juga salah satu gaya signature Momi suatu ketika dahulu. Gaya kaki terangkat ini melambangkan keceriaan dalam gambar katanya. Kalau orang tengok Momi bergambar mesti akan menjangkakan kaki akan terangkat haha.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Terangkat

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Terangkat


06 Gaya Kaki Jongket
Fefeeling pakai heels ke tu? Tidak ya gais. Momi suka buat gaya kaki jongket ini untuk nampak lebih tinggi dari biasa. Untuk menampakkan kelainan yang sering Momi tonjolkan. Bila jongket kaki nampak lebih keyakinan. Rasanyalah ! haha.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Jongket dekat Lost World Of Tambun, Ipoh


07 Gaya Ala Candid
Ini adalah salah satu gaya kegemaran Momi. Nampak seperti menjiwai watak kan? Momi adalah seorang yang pantang nampak kamera menghala ke arahnya. Jadi memang sentiasa bersedia untuk buat ekspresi comel, cantik, manja dan sebagainya. Momi suka buat gaya ala candid ini sebab nampak lebih 'lively'dan menonjolkan ekspresi wajah dalam gambar.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Ala Candid di atas StarCruise Libra 
11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Ala Candid Dekat Glamping Lost World Of Tambun, Ipoh
11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Ala Candid Dalam Bas Smiley

08 Gaya Pelik Tapi Cantik
Tidak pasti sama ada followers suka ke tidak. Kadang-kadang Momi suka cuba buat gaya lain dari yang lain, mana taknya asyik gaya yang sama sahaja kan? Jadi kenalah cuba. Bila dah buat gaya pelik-pelik dalam 10 gambar macamtu, yang betul-betul cantik ada sekeping dua sahaja. Yang lain, anda pasti tak sanggup nak lihat. Serius menjengkelkan ! haha

Lebih menarik bila kawan-kawan yang ada bagi idea macam mana nak buat gaya yang pelik. Lagi-lagi si Ara Kimora tu, memang menggalakkan sungguh. Lagipun kami memang suka buat ujikaji terhadap gaya masing-masing haha. 

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Pelik Tapi Cantik di sekitar Putrajaya


09 Gaya Bersama Langsir
Gaya bersama langsir ini bakal menjadi salah satu signature Momi. Idea ini baru sahaja muncul dan merupakan hasil idea dari beberapa Instafamous yang suka selfie belakang langsir. Dari belakang langsir, Momi ubah sedikit ditepi langsir haha. Sila berjaga-jaga dengan langsir di rumah anda, jika Momi berkunjung ke rumah anda ya hahaha.  

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Bersama Langsir di Kampung


10 Gaya Separuh Muka
Sebenarnya bukanlah selfie separuh muka pon, cuma bila nak upload Momi crop je bahagian bawah hidung hehe. Tak tahu kenapa, Momi suka dengan mata sendiri , bila separuh gambar nampak macam kena pada jiwa pula. Ah gitu ~ 

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Separuh Muka
11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Separuh Muka


11 Gaya Manja Bersama Produk
Sebenarnya ada juga diantara Blogger yang buat gaya seperti ini. Kebiasaanya Momi akan gaya seperti bermanja dengan produk tersebut haha. Mungkin ini salah satu faktor untuk orang nak beli produk kot? Eh. Confidentnya hahaha! Bak kata Bamir, "Anak Melayu Konfiden!" Tak percaya tengok bawah ni, rasa nak beli tak Crispy Choco Jar tu ? haha. 

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Manja Bersama Produk

Begitulah Momi dedahkan antara sebelah gaya bergambar persis Rafzan Tomomi. Yang paling pentingnya adalah keyakinan bila nak bergambar. Mula-mula memang orang mengata dan ada juga yang akan ketawakan anda. Tak semua orang tu suka dan tak semua orang tu benci. Yang mana berminat dia ikut dan yang mana tak minat dia unfollow. Jadilah diri sendiri ya ! Okaylah entri merapu berhenti disini, terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca entri ini. Sekadar untuk hiburan untuk para pembaca. Assalamualaikum !


2017BESTNINE - 9 Foto Paling Popular Dalam Instagram Anda Untuk Tahun 2017

$
0
0
2017BESTNINE - 9 Foto Paling Popular Dalam Instagram Anda Untuk Tahun 2017

2017BESTNINE - 9 Foto Paling Popular Dalam Instagram Anda Untuk Tahun 2017 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Sekali lagi Disember telah tiba dan mesti ramai yang sedang kumpul moment-moment terbaik sepanjang tahun 2017. 2017 Best Nine juga tidak ketinggalan untuk listkan 9 foto paling popular dalam Instagram anda untuk tahun 2017. Rasanya best nine ini mula diperkenalkan pada penghujung 2015, apabila ramai yang post masa tu. Momi pon tak terlepas untuk update 2015bestnine masa itu.

2017BESTNINE - 9 Foto Paling Popular Dalam Instagram Anda Untuk Tahun 2017
2017BESTNINE - 9 Foto Paling Popular Dalam Instagram Anda Untuk Tahun 2017

Dalam gambar diatas menunjukkan sembilan gambar tersebut adalah gambar paling banyak menerima likes. Tahun 2017 Instagram @rafzantomomi telah menerima sebanyak 290,396 likes dalam 699 post berbanding 227,290 likes dalam 521 post (2016) dan 110,372 likes dalam 288 post (2015). Untuk tahun 2018, Momi nak cuba tingkatkan lagi dengan target 350,000 likes dan 1,000 post. Terima kasih diatas like dan komen yang anda berikan. Please support Momi ya ! Cara Nak Guna 2017BESTNINE Untuk Instagram, anda boleh rujuk disini. (2015bestnine) | 2017BESTNINE - 9 Foto Paling Popular Dalam Instagram Anda Untuk Tahun 2017

Cuba check anda punya Instagram dekat 2017 Best Nine sekarang di 2017bestnine !

Maxxan Realty - Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara

$
0
0
Maxxan Realty - Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara


Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! "Think Property Think Maxxan!" itulah yang kata-kta yang diterapkan dalam setiap pekerja di Maxxan Realty.  Majlis pelancaran Maxxan Realty dan Sidang Akhbar telah berlangsung dengan meriahnya pada Ahad, 3 Disember 2017 yang lalu. Momi menghadiri ke majlis pelancaran tersebut dan menjadi saksi hari yang penuh bermakna bagi Maxxan Realty Sdn Bhd. 

Maxxan Realty - Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara

Maxxan Realty ingin memastikan kejayaan para 'stakeholders' mereka dengan membuat mereka berkongsi sebahagian dari keuntungan Maxxan tanpa memegang kedudukan pemegang saham dan semata-mata untuk perkongsian keuntungan bersih pada peratusan tetap.

Maxxan Realty - Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara

Untuk menjalankan sentimen positif terhadap permintaan tinggi untuk kegunaan sendiri, Pengasas Pengarah Urusan Kumpulan, Encik Sam Jee dalam majlis perasmian itu menyebut sentimen pilihan raya umum mungkin menimbulkan sedikit kebimbangan dengan pelabur tetapi jika lokasi dan lain-lain faktor penentu sifatnya betul, mereka masih akan melabur.

Maxxan Realty - Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara

Encik Tee Kiat Siong, juga Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Maxxan Realty, menjelaskan perkara itu dengan nilai Ringgit yang lemah, harga pasaran menarik bagi pelabur terutamanya asing pelabur.

Kedua-dua Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan berkata Maxxan Realty mensasarkan sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk memiliki harta sementara, Maxxan Realty menyediakan para pelanggan pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan mereka dan bajet, seperti RUMAHW1P yang dijual kepada pelanggan mereka dengan kos RM300, 000 untuk 3 bilik 800sf unit sebagai pilihan yang berpatutan di atas produk mewah dan produk pertengahan.

Maxxan Realty - Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara

Maxxan Realty diketuai oleh Pengerusi Kumpulan, Dato 'Jeremy Chia Pei Chai, sudah bersedia untuk merangkul kejayaan pada tahun 2018, yang bertujuan untuk menjual sekurang-kurangnya 2000 unit hartanah pada tahun 2018, yang terdiri daripada Nilai RM1 bilion GDV. "Walaupun kami syarikat baru, dengan pengurusan lebih dari 10 tahun pengalaman dalam industri dan kami sentiasa percaya bahawa pesaing kami adalah diri kami" kata Encik Jee.

"Tahun ini akan menjadi tahun asas dan tahun 2018 akan menjadi tahun yang stabil dan menembusi
rantau Asia kerana kami akan membuat perancangan penting untuk mengembangkan perniagaan kami ke China (termasuk Hong Kong), Filipina dan Thailand" jelas Encik Jee.

Maxxan Realty - Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara

Kumpulan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan pengurusan hartanah dan perkhidmatan lain untuk dijadikan sebagai pusat perkhidmatan sehenti di mana pelanggan hanya perlu berhubung dengan ejen untuk mempunyai semua proses termasuk sewa, membeli dan undang-undang yang dilakukan tanpa kerumitan sama sekali. Maxxan Realty telah memperkenalkan program keahlian M Privilege yang memberi manfaat tambahan kepada pelanggan sokongan.

Maxxan Realty - Majlis Pelancaran Maxxan Realty Di Sunway Giza, Kota Damansara

Mengenai Maxxan Realty
Maxxan Realty Sdn Bhd ialah sebuah agensi hartanah yang baru untuk membantu membuat penyelesaian mengenai hartanah kepada pihak berkepentingan di seluruh Malaysia. Maxxan Realty Sdn Bhd secara rasminya ditubuhkan pada 3 Oktober 2017 oleh mereka yang telah berkecimpung dalam industri jualan dan pemasaran hartanah lebih dari 10 tahun. Ibu Pejabat Maxxan terletak di Sunway Giza, Kota Damansara, Selangor bersama cawangan dan pasukan jualan yang terletak di Cheras, Klang, USJ, Ampang, Kuchai Lama, Ipoh, Seremban, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Sehingga kini, Maxxan Realty mempunyai lebih dari 400 ejen, meliputi kedua-dua projek sub-jualan. Pada masa ini  Maxxan Realty bekerjasama dengan pemaju dan pelanggan yang dihormati iaitu O&C Resources Bhd (OCR), Sime Darby Property Berhad, Protasco Berhad, Acmar Group, VST Group, Pelali Properties Sdn Bhd, KIP Group, Zalam Corporation Sdn Bhd, Skyworld Development Sdn Bhd dan HCK Group.

Untuk maklumat lanjut mengenai, Maxxan Realty Sdn Bhd, sila layari laman rasmi mereka di www.maxxan.com.my.


Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

$
0
0

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah. | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selepas dua bulan menanggung sakit di ICU PPUM, ayah telah pergi menghadap Illahi pada Selasa, 12 Disember 2017 pada jam 5.25 petang. Tak sangka tahun 2017 adalah tahun terakhir bersama arwah ayah. Hari ini sudah seminggu berlalu, namun banyak kenangan bersama ayah sentiasa berputar diingatan. 

Dua minggu sebelum pemergian ayah, doktor ada kata dekat emak nak jumpa semua ahli keluarga. Esoknya tiada sebarang perjumpaan. Sebenarnya sudah beberapa kali doktor nak jumpa, lama-lama kami tenang bila doktor kata nak jumpa. Bila emak kata "hari ni ayah buka mata, seronok borak dengan ayah", Momi turut gembira dan tak sabar nak balik kerja jumpa ayah.

Baca Juga :Get Well Soon Ayah | Ayah, Bukalah Mata | Rindu Suara Ayah | Stay Strong, Ayah

Sehari sebelum pemergian ayah, semuanya seperti biasa yang biasa kami lalui. Bila panggil "ayah, ayah" kebiasaanya ayah akan buka mata, tapi kali ni ayah tidak respon. Seperti biasa ayah hanya gerakkan tangan sahaja. Saat itu hanya mampu doakan yang terbaik.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tanggal 12 Disember 2017. Permulaan hari yang cukup tenang. Semuanya seperti sedia kala. Tepat jam 2.48 petang, Momi terima pesanan dari Abadik dalam group keluarga kami.

"Salam semua. Semoga tabah. Tadi doktor dah jumpa, bagitau. Ayah dah tenat sangat. Sekarang tinggal support saja. Ikut keadaan sekarang, hari ini atau esok. Ayah semakin nazak dan dah hari ni memang tercungap-cungap je."

"ICU dah benarkan sesiapa boleh jumpa walaupun bukan waktu melawat. 2 orang sekali."

"Apa yang doktor kata, sama je macam sebelum ni. Cuma hari ni, kondisi semakin teruk."

"Semuanya bergantung kepada ayah saja. Cepat atau lambat... Doktor tak boleh cakap, tapi anytime jantung boleh berhenti."

"Doktor minta kita bersedia."

Masa baca pesanan itu, air mata mengalir tanpa henti. Sambil buat kerja, sambil tu air mata keluar. Pernah bagitahu kawan-kawan "Momi dah bersedia apa apa terjadi" , walaupun hakikatnya Momi belum bersedia. Momi cuba untuk tidak bagi orang nampak, cuba tenangkan diri.

Tepat jam 5.00 petang terus gerak ke ICU tumpang kereta kak Fara. Sampai sana terus masuk bilik tanpa pas pelawat seperti sebelum itu. Hati sudah rasa sebak. Sampai dekat katil 15, ramai orang keliling katil ayah. Jantung berdegup laju, air mata terus mengalir. Ya Allah, masa itu ayah sedang nazak. Terus peluk ayah sambil mengucap beberapa kali. Tiba-tiba mesin berbunyi. Doktor terus datang, check ayah dan kata "Encik Rahim sudah meninggal dunia". Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sebaknya dada, air mata mengalir deras. Tak sangka itu kali terakhir melihat wajah ayah.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tanggal 13 Disember 2017, hari pengebumian ayah. Jenazah ayah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Pajam, Selangor. Hari yang penuh syahdu. Sekali lagi melihat wajah ayah, kali ini semasa mandikan ayah bersama adik beradik lelaki yang lain serta pak cik saudara. Bila tengok wajah ayah sangat tenang. Semasa mandikannya , hati mula sebak tapi cuba tahan air mata walaupun sikit demi sedikit ia mengalir keluar. Selesai mandi dan dikapankan, Momi tak boleh bernafas terus masuk bilik menangis.

Pengebumian arwah ayah sangat dipermudahkan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan datang melawat ayah untuk kali terakhir. Terima kasih juga kepada mereka yang beri kata semangat,  terutamanya keluarga, saudara mara dan juga kenalan yang banyak bagi semangat. In Shaa Allah , Momi akan okay nanti. 

Selepas dua bulan ayah tanggung sakit, ayah pergi menghadap Illahi. Semua pesan ayah masih orang ingat sampai bila-bila. Lepas ni kalau nak makan ABC kena pergi beli sendiri lah, selalu ayah yang bawa balik rumah hehe. Lain rasanya bila kita pernah ucap Salam Takziah dekat orang, dari orang ucap pada kita. Rasanya lebih sebak dan sayup. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah ayah ya.

Semoga ayah tenang disana. Al-fatihah.
A. Rahim Bin Ali
05031955 - 12122017 ❤

Kos Sara Hidup - Benarkah Harga Barang Naik Tanpa Kawalan?

$
0
0
Kos Sara Hidup - Benarkah Harga Barang Naik Tanpa Kawalan?

Kos Sara Hidup - Benarkah Harga Barang Naik Tanpa Kawalan? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Perasan atau tidak, kos sara hidup sekarang dah semakin meningkat. Kadang-kadang kita mengeluh juga tentang kenaikan harga barang. Boleh dikatakan nilai gaji yang diterima tidak berapa besar, jadi memang sekarang ramai yang sedang berjimat cermat. Tahukah anda, tidak semua barang naik mendadak? Ada juga beberapa harga barang keperluan asas yang masih lagi dalam kawalan dan subsidi masih lagi ditanggung oleh kerajaan.

Baru-baru ini Momi ada baca mengenai Datuk Seri Hamzah Zainudin kesal dengan media tertentu yang memutar belitkan cerita dimana Kerajaan tidak dapat mengawal harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Beliau juga menjelaskan bahawa kenaikan harga telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Datuk Seri Hamzah turut menyatakan bahawa harga barangan yang ada pada masa ini adalah antara yang terendah di Asean.

Kos Sara Hidup - Benarkah Harga Barang Naik Tanpa Kawalan?
Kos Sara Hidup - Benarkah Harga Barang Naik Tanpa Kawalan?

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan telah memberikan subsidi bagi barang-barang basah seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan gas memasak dengan membelanjakan sebanyak RM2 billion setiap tahun. Namun, Datuk Seri Hamzah berkata "Jika terdapat banyak bekalan, harga akan turun, jika tidak ada bekalan yang mencukupi, harga akan meningkat,". Contohnya semasa musim tengkujuh, harga ikan adalah tinggi. | Kos Sara Hidup - Benarkah Harga Barang Naik Tanpa Kawalan?

Datuk Seri Hamzah juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memastikan bekalan yang mencukupi dan boleh mengelakkan kes penipuan dari segi kenaikan harga dengan sewenang-wenangnya. Beliau juga menyatakan akan meminda Akta Kawalan Harga Dan Anti-Pencatutan 2011 dengan menambah elemen-elemen yang membolehkan Kerajaan memerangi mereka yang menaikkan harga barang.

Keseluruhannya, Kerajaan sedang berusaha untuk membantu rakyat dengan membelanjakan subsidi sebaiknya dalam harga barang. Kini pelbagai inisiatif telah diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membentras penipuan dalam kawalan harga barang.  


Star Wars: The Last Jedi - Movie Review

$
0
0
Star Wars: The Last Jedi - Movie Review

Star Wars: The Last Jedi - Movie Review |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem aksi dan pengembaraan iaitu filem "Star Wars: The Last Jedi". Filem ini adalah filem kelapan (8) dalam siri Star Wars. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 14 Disember 2017 dan telah mendapat komen yang sangat memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Star Wars: The Last Jedi
Dengan kebolehan yang baru diketahuinya, Rey mengambil langkah pertama ke dalam dunia Jedi dengan mengembangkan kemahirannya di bawah bimbingan Luke Skywalker. Dalam pada itu, Resistance bersiap sedia untuk bertarung dengan First Order. Bersama dengan Luke, Leia, Finn dan Poe, Rey menempuh pengembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau.  (Trailer Star Wars: The Last Jedi 2017)
Filem yang berdurasi selama 2 Jam 32 Minit ini merupakan arahan Rian Johnson. Ia membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Mark Hamill, Daisy Ridley, Oscar Isaac, John Boyega, Carrie Fisher, Adam Driver dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX

Star Wars: The Last Jedi - Movie Review
Star Wars: The Last Jedi Poster
Photo credit to comingsoon.net

Review Star Wars: The Last Jedi
So, it's a sequel dari filem sebelumnya "Star Wars : The Force Awaken" (2015). Rasanya Momi adalah peminat baru untuk siri filem Star Wars walaupun tak pernah tengok enam filem sebelum ini. Untuk filem ini, Momi boleh katakan ia sangat menarik berbanding filem sebelumnya. Kali ini lebih menarik mungkin kerana faktor dah mula kenal beberapa karakter utama. Oh ya, Momi lupa filem ini juga turut selitkan humor, yang menjadikan ia lebih awesome!

Pertempuran di angkasa masih lagi berterusan walaupun Rey dalam misi untuk memujuk Luke Skywalker dimana beliau adalah 'The Last Jedi'. Terdapat banyak plot twist dalam filem ini yang pasti buat anda rasa terkejut. Paling penting, Momi suka adengan dimana Rey dan Kylo Ren bersatu untuk melawan musuh (walaupun sekejap). Satu lagi, masa bahagian ending dimana First Order dan Resistance bertempur habis-habisan. Serius mengujakan ! | Star Wars: The Last Jedi - Movie Review

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini menarik untuk ditonton, dan anda WAJIB pergi tengok sebab ia penuh dengan aksi dan kali ini lagi awesome! Untuk pengetahuan anda, filem Star Wars Ke-9 telah diumumkan tayangannya pada 20 Disember 2019 ! Selain itu, ada sebuah filem antologi mengenai Han Solo yang berjudul "Solo : A Star Wars Story" yang bakal ditayangkan pada Mei 2018. Dekat dah tu! hehe.

p/s : Jangan tunggu sampai post end credit. haha


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Star Wars: The Last Jedi 2017 Download | Star Wars: The Last Jedi 2017 2017 Subtitle | Star Wars: The Last Jedi 2017 Synopsis |  Star Wars: The Last Jedi 2017 Malay Subtitle |  Star Wars: The Last Jedi 2017 Torrent | Review filem  Star Wars: The Last Jedi 2017 | Barisan pelakon  Star Wars: The Last Jedi 2017 |  Review filem  Star Wars: The Last Jedi 2017 Bahasa Melayu | Review  Star Wars: The Last Jedi 2017 Malay |  Star Wars: The Last Jedi 2017 Online Streaming

Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah (OST Syurga Yang Kedua)

$
0
0
Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah (OST Syurga Yang Kedua)

Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah (OST Syurga Yang Kedua) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Lagu Dayang Nurfaizah dari album terbarunya, "Dayang Nurfaizah" sekali lagi terpilih untuk jadi lagu runut bunyi (OST) drama bersiri. Kali ini lagu "Takdir"telah terpilih sebagai lagu OST drama "Syurga Yang Kedua" yang dibintangi oleh Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi. Drama Syurga Yang Kedua ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, 6.00 Petang bermula 12 Disember yang lalu di Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135. Jom kita dengar lagu tersebut :)

>>DENGAR LAGU "TAKDIR" - DAYANG NURFAIZAH<<
(Video Lagu credit to Muzik Kita)

Lirik Takdir - Dayang Nurfaizah
Komposer : Hazami
Penulis Lirik : Hazami
© 2017 Indigital Music Sdn Bhd

Ku sembunyi tiap satu perasaan
Tak berdaya menafikan
Wajah ini tawa ini senyum ini sebagai topengku

Tiap insan dijadikan berpasangan
Aku pun jua mendamba
Satu cinta sentiasa berdua bermanja bersenda

Ku tahu masaku kan tiba
Kelak meraih bahagia
Dengan dia yang setia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia

Ku berlari cari wajah yang ku lihat
Berkali di dalam mimpi
Tawa itu senyummu matamu melerai sepiku

Ku tahu masaku kan tiba
Kelak meraih bahagia
Dengan dia yang setia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia

Mengapa hati kerinduan
Mengapa resah tak tertahan
Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia

Kerinduan Ohh

Padamu Tuhan ku serah segala
Ketemukan aku dan dia
Ku terima takdir cinta

Lagu Baru Melayu 2017 | Lagu Baru Dayang Nurfaizah 2017 | Lirik Lagu Dayang Nurfaizah | Lagu Dayang Nurfaizah Download | Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah (OST Syurga Yang Kedua) Mp3 | Lirik Lagu Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah (OST Syurga Yang Kedua)  Lagu Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah (OST Syurga Yang Kedua) Download | Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah (OST Syurga Yang Kedua) Mp3 



Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review

$
0
0
Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review

Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem pengembaraan dan fantasi iaitu filem "Jumanji : Welcome To The Jungle". Filem ini adalah filem sekuel standalone dari filem "Jumanji" (1995). Filem ini mula ditayangkan pada 21 Disember 2017 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Jumanji : Welcome To The Jungle
Filem  yang menelan belanja lebih  mengisahkan tentang empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah. Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu. (Trailer Jumanji : Welcome To The Jungle)
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 55 Minit ini merupakan arahan Jake Kasdan. Ia membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Rhys Darby, Bobby Cannavale, Robin Williams dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX

Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review
Poster credit to comingsoon.net

Review Jumanji : Welcome To The Jungle
First impression of all tentang filem ini ialah "Awesome!". Selepas melihat trailer dah rasa teruja apatah lagi selepas menonton. Sememangnya puas hati dengan filem Jumanji : Welcome To The Jungle . Bagi Momi antara filem yang terbaik juga untuk tahun 2017. Jalan cerita yang menarik dan dicampur dengan 'humor' yang super duper banyak.

Momi suka idea dimana peralihan zaman berlaku dalam Jumanji, remaja dah tak heran dengan permainan seperti Jumanji sebaliknya lebih gemar bermain permainan video. Buat Momi tertanya bagaimana jika Jumanji berleluasa di Internet? Okay, sambung-sambung pembukaan yang sedikit lambat, (mungkin sebab tak sabar nak tunggu mereka masuk alam Jumanji) tapi tidak lama lepas tu terus menarik! Sememangnya mendebarkan juga untuk tahu apa yang akan mereka lalui sebab Jumanji memang unexpected.

Satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah kesemua karakter dapat avatar masing-masing bersama kelebihan dan kelemahan mereka. Lagi-lagi watak "Bethany" (lakonan Madison Iseman) dimana beliau telah memilih "Professor Selden Shelly Oberon" (lakonan Jack Black) sebagai avatar-nya yang pasti buat anda tak kering gusi. Sebenarnya kesemua karakter dalam dunia Jumanji buat anda rasa geli hati dengan karakter masing-masing. Memang release tension!   Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini sangat menarik untuk ditonton, dan Momi syorkan anda pergi tengok sebab ia penuh gelak ketawa dan aksi yang menarik. Buat masa ini tiada lagi pengumuman mengenai sekuel sebab ini mungkin filem ini tiada sambungan. In the future, harap ada lagi filem yang menghiburkan seperti ini.

p/s : psstt... tak rugi tengok.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Download | Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 2017 Subtitle | Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Synopsis |  Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Malay Subtitle | Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Torrent | Review filem Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 | Barisan pelakon Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 |  Review filem Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Bahasa Melayu | Review Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Malay |  Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Online Streaming

Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Review

$
0
0
Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Review

Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Review  |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi pendek dari filem Frozen (2013) iaitu filem "Olaf's Frozen Adventures". Filem pendek ini merupakan filem pendek kedua dalam franchise Frozen iaitu "Frozen Fever"(Ditayangkan bersama filem "Cinderella" (2015)). Filem pendek ini ditayangkan bersama filem "Coco" pada 23 November 2017. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Olaf's Frozen Adventures
Filem pendek ini mengisahkan tentang Olaf dan Sven mencari tradisi keluarga untuk Elsa dan Anna disemua pelusuk Arendelle. Memandangkan ini Krismas pertama Elsa dan Anna bersama selepas beberapa tahun tidak sambut, Elsa dan Anna mencari apakah tradisi keluarga mereka semasa Krismas. Mampukah Olaf mengumpul kesemua tradisi Krismas untuk Elsa dan Anna? Filem yang berdurasi selama 21 Minit ini merupakan arahan Kevin Deters dan Stevie Wermers. Ia membariskan pelakon suara seperti Josh Gad, Kristen Bell, Idina Menzel dan Jonathan Groffi.  (Trailer Olaf's Frozen Adventures)

Baca : Coco - Movie Review

Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Review
Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Poster
Poster credit to comingsoon.net

Review Olaf's Frozen Adventure
Love it! Love it! Love it! Walaupun filem pendek, rasanya 21 minit itu sangat berbaloi bagi Momi sebab dapat melihat moments geng Frozen. Jalan ceritanya yang mudah dan sangat kelakar.  Yang menariknya ia ketengahkan watak Olaf dan menjadikan filem pendek ini sangat comel untuk ditonton. Lihat sahaja gelagat Olaf yang pasti mencuit hati anda.

Keseluruhannya, bagi Momi filem pendek ini menarik untuk ditonton. Sudah pasti ia menarik kerana Momi suka tengok filem muzikal dan Momi memang peminat filem Frozen hehe. Anak-anak pasti suka dengan kehadiran Olaf, Elsa, Anna, Sven dan Kristoff dalam filem pendek ini.  Tahukah anda, filem Frozen 2 akan ditayangkan pada November 2019 dan mengembalikan kesemua pelakon suara dari filem pertamanya. Serius awesome!

p/s : 2019 please cepat sikit! hehe


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Coco Movie 2017 Download | Coco Movie 2017 Subtitle | Coco Movie Synopsis |  Coco Movie 2017 Malay Subtitle | Coco Movie 2017 Torrent | Review filem Coco Movie 2017 | Barisan pelakon Coco Movie 2017 |  Review filem Coco Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Coco Movie 2017 Malay |  Coco Movie 2017 Online Streaming

Coco - Movie Review

$
0
0
Coco - Movie Review

Coco - Movie Review |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang bergenrekan komedi, pengembaraan dan fantasi iaitu filem "Coco". Coco merupakan filem ke-19 dalam senarai filem Pixar. Filem ini mula ditayangkan pada 23 November 2017 dan telah mendapat review yang sangat memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Coco
Filem  yang menelan belanja lebih  mengisahkan tentang empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah. Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu. (Trailer Coco)

Baca : Olaf's Frozen Adventure - Movie Review

Filem yang berdurasi selama 2 Jam 7 Minit ini merupakan arahan Lee Unkrich. Ia membariskan pelakon suara seperti Gael Garcia Bernal, Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Renée Victor dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX

Coco - Movie Review
Coco - Movie Poster
Poster Credit to comingsoon.net

Review Coco
Coco? Apa yang istimewanya tentang filem Coco. Setakat ini semua filem animasi Disney yang Momi pernah tengok tidak mengecewakan. Termasuk juga filem "Coco" ini. Sebuah filem animasi yang padat dengan mesej kekeluargaan yang pasti akan buat anda rasa sebak. Siapa tak kuat tu sila sediakan tisu ya hehe.

Momi suka adengan dimana Miguel secara tidak sengaja masuk ke alam roh bertemu dengan moyang-moyangnya yang sememangnya bencikan muzik sejak dahulu lagi. Pengembaraan Miguel lebih menarik bersama Hector untuk mencari Ernesto de la Cruz. Tidak lupa, ada adengan muzikal yang sangat awesome yang buat Momi enjoy sepanjang menonton filem ini. Oh ya, terdapat plot twist yang sangat menarik dan mengejutkan anda.  Coco - Movie Review

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini menarik untuk ditonton sebab ia menonjolkan semangat kekeluargaan dan semangat untuk buat sesuatu yang kita mahukan. Memang sangat berbaloi jika anda menonton filem Coco ini dekat wayang bersama keluarga terutamanya anak-anak. Apa filem animasi Disney tahun hadapan? Incredibles 2 dan Wreck-It-Raplh 2 menanti anda tahun 2018! Siapa teruja?!

p/s : Sebelum mula movie, ada Olaf's Frozen Adventure. Best !


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Coco Movie 2017 Download | Coco Movie 2017 Subtitle | Coco Movie Synopsis |  Coco Movie 2017 Malay Subtitle | Coco Movie 2017 Torrent | Review filem Coco Movie 2017 | Barisan pelakon Coco Movie 2017 |  Review filem Coco Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Coco Movie 2017 Malay |  Coco Movie 2017 Online Streaming

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

$
0
0
Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Anda sukakan kelainan? Apa kata anda singgah dekat Cheers Cheese dan rasai sendiri menu Cheese dalam minuman anda. Hari ini (23 Disember 2017) Momi sempat singgah dekat IOI City Mall Putrajaya untuk rasa sendiri minuman dari Cheers Cheese.

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Untuk pengetahuan anda, cawangan pertama Cheers Cheese dibuka dekat Damansara Utama, Petaling Jaya dan kini ia membuka cawangannya yang kedua di IOI City Mall Putrajaya. Sempena pembukaan cawangan baharu, Cheers Cheese belanja 100 cawan percuma untuk pengunjung yang terawal.

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Cheers Cheese memberi pilihan kepada 100 pelanggan terawal untuk memilih tiga jenis seleksi minuman pilihan iaitu Cheese Milk Tea, Cheese Jasmine Green Tea dan Cheese 4 Season Tea. Ini diantara minuman yang berkombinasikan krim keju yang dibuat secara 'handcrafted' . Momi berkesempatan untuk merasai minuman Cheese Milk Tea dan Cheese 4 Season Tea. Rasa kombinasi krim keju dan Milk Tea memang sedap!

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Selain dari seleksi minuman krim berkeju, Cheers Cheese turut menawarkan minuman signature seperti Signatured Fruit tea, Cheese Avacado dan juga Cheese Mango. Menariknya selepas memesan minuman anda akan diberi butang bulat sementara menunggu minuman anda siap. Apabila sudah siap, ia akan berbunyi dan bergetar menandakan minuman anda sudah sedia untuk diambil.

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Untuk pengetahuan anda, Cheers Cheese masih dalam proses untuk mendapatkan sijil sah halal oleh JAKIM. Anda tidak perlu risau kerana bahan yang digunakan adalah selamat, segar, dan tidak menggunakan bahan tiruan.

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Jangan lupa singgah Cheers Cheese di IOI City Mall Putrajaya dan rasa sendiri Cheese Milk Tea sebab Momi suka! hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Cheers Cheese, sila layari laman rasmi Cheers Cheese


Senarai Filem Melayu 2018

$
0
0
Senarai Filem Melayu 2018

Senarai Filem Melayu 2018 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Tahun 2018 bakal tiba, para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2018. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem melayu tahun 2018.

AKAN DATANG

Senarai Filem Melayu 2018

Busker
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
Genre: Romantik / Remaja
Durasi: 1 Jam 54 Minit
Pelakon: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan
Pengarah: Kye Fariz
Format: 2D
Sinopsis Busker : 
Ia berkisarkan tentang kisah cinta di antara Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama dalam satu projek kolej dan mula semakin rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel, jadi Vera mencadangkan dia menyertai pertandingan busker untuk memenangi hati Mel semula. Tetapi sebagaimana mereka meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil.

Trailer Busker : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Bukan Cinta Malaikat
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018
Genre: Drama / Romantik
Durasi: --
Pelakon: Nora Danish, Fachry Albar, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Dewi Amanda, Dynas Mokhtar, Siti Salmiah Simbok dan Radzi Mansor
Pengarah: Aziz M. Osman
Format: 2D
Sinopsis Bukan Cinta Malaikat : 
Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Reyhan yang menjadi sukarelawan dari Indonesia bertugas di wilayah konflik di Timur Tengah. Ketika berada di Madinah, dia telah membantu seorang wanita berasal dari Malaysia bernama Dewi. Dewi kemudian menyelamatkannya daripada ditembak oleh puak pemberontak. Dia telah jatuh hati pada Dewi tetapi sayangnya Dewi memiliki teman lelaki bernama Adam.

Trailer Bukan Cinta Malaikat : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Makrifat Cinta
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2018
Genre: Drama / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Puteri Balqis, Nora Danish, Ady Putra
Pengarah: Kamal G
Format: 2D
Sinopsis Makrifat Cinta : 
Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Mahathir. Dia seorang lelaki biasa luar bandar yang mempunyai seorang isteri dan anak. Bagaimanapun kehidupan susahnya menjadi parah kerana isterinya seorang pemboros. Satu hari dia bertemu dengan rakan sekolah lama bernama Sofea dan cinta di antara mereka mula berputik. Si isteri yang dapat menghidu hubungan suaminya telah bertindak berpisah dan meminta adik lelakinya membalas dendam. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

Trailer Makrifat Cinta : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Surf This Love : Gelora Juara
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Shukri Yahya, Cristina Suzaane, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Shuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon
Pengarah: Waan Hafiz
Format: 2D
Sinopsis Surf This Love : Gelora Juara : 
akan di-update

Surf This Love : Gelora Juara : Official #1 | Official #2

TIDAK DIKETAHUI

Senarai Filem Melayu 2018

XX-Ray 3
Bahasa: Melayu
Klasifikasi:-
Tarikh Tayangan: 2017
Genre: Sains Fiksyen
Durasi: -
Pelakon: Izzue Islam, Puteri Aisyah
Pengarah: Aziz M. Osman
Format: 2D
Sinopsis XX-Ray 3 :
akan datang

Trailer XX-Ray 3 : Teaser



*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2018 | Filem Gempak Melayu Tahun 2018 | Download Filem Melayu 2018 | Trailer Filem Melayu 2018 | Senarai Filem Melayu 2018 | Senarai Filem Aksi Melayu 2018 | Senarai Filem Cinta Melayu 2018 | Senarai Filem Seram Melayu 2018

Ferdinand - Movie Review

$
0
0

Ferdinand - Movie Review

Ferdinand - Movie Review |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang bergenrekan komedi dan kekeluargaan iaitu filem "Ferdinand"Ferdinand merupakan filem animasi keluaran 20th Century Fox. Filem ini mula ditayangkan pada 14 Disember 2017 dan telah mendapat review yang amat memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Ferdinand
Ferdinand adalah seekor lembu jantan yang lebih selesa duduk di bawah pokok menghidu bunga-bunga daripada bertarung dengan lembu jantan lain. Dia masih lagi bersikap lembut walaupun dia membesar menjadi seekor lembu jantan kuat, tetapi satu hari dia disalah pilih untuk pertarungan lembu jantan di Madrid. (Trailer Ferdinand)
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 47 Minit ini merupakan arahan Carlos Saldanha. Ia membariskan pelakon suara seperti John Cena, Kate McKinnon, Gina Rodriguez, Daveed Diggs, Gabriel Iglesias dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D

Ferdinand - Movie Review
Ferdinand- Movie Poster
sumber : comingsoon.net

Review Ferdinand
It's a sweet and lovely movies. Sebenarnya Ferdinand tiada dalam senarai untuk ditonton tetapi Momi rasa nak tonton filem ini sebab ada beberapa rakan yang recommend tengok. Jalan ceritanya boleh dikatakan menarik juga. Kisah bagaimana seekor lembu menolak keganasan dan lebih kepada kebebasan. Momi rasa seronok menonton sebab filem ni penuh dengan humor dan ia juga menerapkan nilai kekeluargaan.

Sebenarnya Momi tidak tahu pelakon suara Ferdinand ialah John Cena. Watak Ferdinand memang terbaik dan penuh dengan sifat kelembutan dalam diri. Lagi-lagi bersama rakan manusianya, Nina yang Momi rasa sangat comel dan sweet bila mereka bersama. Watak-watak sampingan juga memberi impak yang best dan membangkitkan lagi suasana ceria dalam filem ini. Ferdinand - Movie Review

Keseluruhannya, sebuah filem yang menarik untuk ditonton seisi keluarga. Rasa seronok dapat tengok Ferdinand dekat wayang sebab'feel'dia lain macam. Rasa gembira, sedih, kecewa, seronok dan macam-macam lagi dalam sebuah filem animasi. Paling penting mesej yang disampaikan. Sangat berbaloi untuk anda tonton.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Ferdinand Movie 2017 Download | Ferdinand Movie 2017 Subtitle | Ferdinand Movie Synopsis |  Ferdinand Movie 2017 Malay Subtitle | Ferdinand Movie 2017 Torrent | Review filem Ferdinand Movie 2017 | Barisan pelakon Ferdinand Movie 2017 |  Review filem Ferdinand Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Ferdinand Movie 2017 Malay |  Ferdinand Movie 2017 Online Streaming

Pitch Perfect 3 - Movie Review

$
0
0


Pitch Perfect 3 - Movie Review

Pitch Perfect 3 - Movie Review |Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang bergenrekan komedi dan muzikal iaitu filem "Pitch Perfect 3". Pitch Perfect 3 adalah kesinambungan dari Filem Pertama dan Keduanya (2012 & 2015). Filem ini mula ditayangkan pada 28 Disember 2017 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Pitch Perfect 3
Filem  yang menelan belanja lebih  mengisahkan tentang empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah. Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu. (Trailer Pitch Perfect 3)

Baca : 

Filem yang berdurasi selama 1 Jam 34 Minit ini merupakan arahan Tresh Sie. Ia membariskan pelakon seperti Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Elizabeth Banks dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D dan 2D ATMOS

Pitch Perfect 3 - Movie Review
Pitch Perfect 3 - Movie Poster
Sumber : comingsoon.net

Review Pitch Perfect 3
The last aca-awesome pitches !  Filem Pitch Perfect 3 ini adalah filem yang paling Momi nantikan tahun 2017. Berbanding dua filem sebelum ini, filem ini nampaknya promosinya lebih meluas dan memang boleh nampak posternya dimana-mana. Jalan ceritanya sangat menghiburkan, penuh 'humor'dan paling penting pemilihan lagu yang menarik dinyanyikan dalam filem ini. Bagi Momi sangat seronok menonton dekat wayang bersama peminat Pitch Perfect sebab kita boleh menari dan menyanyi sama sama hehe.

Paling dinantikan dalam Pitch Perfect 3 ini ialah 'Riff-off', yang merupakan perlawanan nyanyian mengikut kategori yang dipilih. Kali ini Riff-off lebih menarik sebab menampilkan beberapa lagu yang best seperti "Get the Party Started" (nyanyian P!nk), "Love Me Harder" (Ariana Grande), "Zombie" (The Cranberries), "Grenade" (Bruno Mars), "Human" (Christina Perri) dan beberapa lagu lagi. Selain itu, beberapa lagu yang dipersembahkan juga memang menarik seperti "Toxic" (Britney Spears) dan "Cheap Trills" (Sia).  Pitch Perfect 3 - Movie Review

Rasa berbeza dengan filem sebelum ini, kali ini lebih kepada reunion dan aksi. Kesemua watak kembali menghangatkan lagi Pitch Perfect 3 ini. Moment paling best dalam filem ini adalah adengan semasa persembahan akhir Beca dan Bellas menyanyikan lagu "Freedom '90" (George Michael). Sangat menyentuh hati. Ending filem ini sangat memuaskan hati.

Keseluruhannya, sebuah filem yang menarik dan anda pasti akan enjoy jika anda peminat filem muzikal. Bagi Momi, ia tidak menghampakan setelah menunggu dua tahun untuk sekuel ini.  Jadi ini adalah filem terakhir untuk siri Pitch Perfect, oh my gonna miss The Bellas; Beca, Fat Amy, Chloe, Aubrey, Emily, Lily, Cynthia Rose, Flo, Stacie, Jessica & Ashley.

p/s : Terima kasih KFC Malaysia sebab belanja KFC CHIZZA dan tiket wayang Pitch Perfect 3. You guys so aca-awesome!

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG

Bagi anda yang nak tahu senarai penuh lagu dalam Riff-off ini, Momi senaraikan ya :

Riff-off Pitch Perfect 3 Songs List 
P!nk – Get the Party Started (by The Bellas)
WALK THE MOON – Shut Up And Dance (by The Bellas)
R Kelly Lyrics - Ignition (Remix) (by The Bellas)
Dr. Dre – Let Me Ride (by The Bellas)
Lenny Kravitz - Fly Away (by Evermoist)
Maroon 5 - One More Night (by Saddle Up)
Blondie - Call me (by Young Sparrow And DJ Dragon Nutz)
Ariana Grande – Love Me Harder (by The Bellas)
If I Were A Boy - Beyonce (by Soldiers)
The Cranberries - Zombie (by Evermoist)
Kelly Clarkson - Stronger (What Doesn't Kill You) (by Saddle Up)
Bruno Mars - Grenade (by Young Sparrow And DJ Dragon Nutz)
Christina Perri – Human (by The Bellas)
Avicii - Wake Me Up (by Saddle Up, Evermoist)


Poster Pitch Perfect 3 Movie 2017 Download | Pitch Perfect 3 Movie 2017 Subtitle | Pitch Perfect 3 Movie Synopsis |  Pitch Perfect 3 Movie 2017 Malay Subtitle | Pitch Perfect 3 Movie 2017 Torrent | Review filem Pitch Perfect 3 Movie 2017 | Barisan pelakon Pitch Perfect 3 Movie 2017 |  Review filem Pitch Perfect 3 Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Pitch Perfect 3 Movie 2017 Malay |  Pitch Perfect 3 Movie 2017 Online Streaming


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia

$
0
0
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia

Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Adakah anda penggemar aiskrim, madu dan susu? Momi nak cerita sikit mengenai "Softree" yang merupakan sebuah jenama dari Korea. Menariknya Softree telah menghasilkan aiskrim yang diperbuat dari bahan campuran susu organik dan madu asli. Untuk pengetahuan anda, ini adalah cawangan Softree pertama di Malaysia. Baru-baru ini Momi berpeluang untuk merasai sendiri aiskrim Softree ini.

Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia

Mengenai Softree Malaysia
Softree mula diperkenalkan di Korea pada tahun 2013. Cawangan Softree pertama dibuka di Malaysia dekat MyTown Cheras, Kuala Lumpur. Menariknya bahan-bahan yang digunakan dalam aiskrim Softree adalah segar, tulen dan berkualiti tinggi kerana ia didatangkan khas dari Korea. Selain itu, ia juga menyediakan aiskrim yang sihat tanpa bahan pengawet yang lain.  Untuk pengetahuan anda, Softree adalah jenama yang membawa 'trend' untuk mengeluarkan produk aiskrim susu dan sarang lebah. 

Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia

Softree menyediakan dua perisa aiskrim mereka iaitu perisa asli dan dark chocolate (coklat gelap). Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan cawan atau kon. Perisa aiskrim Softree yang paling famous dan merupakan salah satu signature-nya ialah "Wow! Honey Chips". Selain itu, terdapat beberapa perisa lain yang pasti buat anda ingin cuba seperti 'Cheese' (keju), 'Crunchy Yoghurt', Mangga, Coklat dan beberapa pilihan yang lain.

Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia

Menu Softree Malaysia
Momi berkesempatan untuk cuba beberapa perisa aiskrim dekat Softree ini. Jom kita close up sikit aiskrim yang Momi dapat rasa : 

Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Original (Asli)
RM10.90


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Dark Chocolate (Coklat Gelap)
RM10.90


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Wow! Honey Chips -Signature-
RM13.90

Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Liquid Honey
RM12.90


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Guerande Sel
RM12.90


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
It's Magic Lamp
RM12.90




Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Yogurt Rangup
RM12.90


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Cheese Ice Cream
RM13.90


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Mango Mango
RM12.90

Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
The Good Affogato
RM13.90


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Mother Bread
RM8.90

Momi memang suka tiga perisa aiskrim iaitu 'Wow! Honey Chips', 'Mango Mango' dan 'Guerande Sel' bersama 'Mother Bread'. Memang berpuas hati dengan keempat-empat pilihan yang Momi pilih. Momi syorkan anda cuba yang Momi cuba ini ya. Memang meletops! | Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia

Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia


Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia

Alamat Softree Malaysia
Lot No.B1 056, Basement 1, 
MyTown Shopping Centre, 
No. 6 , Jalan Cochrane, Seksyen 90, 
55100 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut serta promosi mengenai Softree, sila layari Facebook Rasmi Softree dan Instagram Rasmi Softree


2017 Review & Happy New Year 2018!

$
0
0

Selamat Tahun Baharu 2018 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Tahun 2017 sudah melabuhkan tirainya, kini kita sudah memasuki tahun 2018. Rasa macam cepat masa berlalu kan? Selamat Tahun Baharu 2018 kepada pembaca blog Momi ni. Ada beberapa perkara yang Momi nak sharekan kepada anda sepanjang tahun 2017.

Imbasan 2017
Tahun 2017 menyaksikan pelbagai kenangan manis dan pahit berlaku pada Momi. Tahun 2017 boleh dikatakan lebih dimurahkan rezeki dengan pelbagai kolaborasi review dan advertorial bersama nama-nama besar seperti Sushi King, Pokka, Kaio Studio, Apple Fiber Plus, Lazada, ROOPAWAN, RTM, Media Prima, Neffos, Traveloka, KPDNKK dan banyak lagi. Selain itu, tahun 2017 boleh dikatakan menerima banyak jemputan event dan food review.

Untuk travel pula, Momi berkesempatan untuk menaiki kapal cruise Superstar Libra dari Pulau Pinang ke Phuket, Thailand. Sebuah pengalaman yang takkan Momi lupakan. Momi juga berkesempatan untuk travel ke Lombok bersama rakan office selama 5 hari 4 malam. Yang ni pon sama, memang pengalaman yang awesome sangat.

Impian untuk dapat telefon baru tercapai! Disebabkan tak sabar nak beli handphone baru, akhirnya beli juga Huawei P10 sebab minat sangat dengan kamera dualnya tu. Serius memang puas hati pakai Huawei P10! Maybe 2018 tak beli handphone baru kot! hehe.

Menariknya tahun 2017 sangat bermakna buat Momi apabila blog Momi kini sudah mencecah lebih 2,000,000 pembaca pada hujung Disember 2017. Terima kasih sangat kepada semua yang sudi masuk ke blog Momi. Rasa seronok dapat memberi info dan panduan kepada mereka yang masuk ke blog Momi.

2017 Momi berakhir dengan kedukaan apabila ayah Momi telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 12 Disember 2017. Selepas dua bulan menanggung kesakitan dekat ICU, ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Dalam keadaan sekarang masih lagi belum pulih sebelumnya untuk menerima ayah sudah pergi buat selamanya. Hidup mesti diteruskan juga kan? Rindu ayah sangat-sangat. Al-fatihah.

Azam 2018
Berikut adalah azam-azam tahun 2018 Momi :

- Travel ke Jepun dan Korea.
- Dapat Kerja Tetap.
- Dapat menyimpan duit dengan sebaiknya.
- Dimurahkan rezeki.
- Kolaborasi Dengan Nama-nama besar.
- Kurus? I will think about it later. haha
- 30k Instagram Followers.
- Meet awesome new people.

Haaa begitulah imbasan 2017 dan azam tahun 2018 Momi. Banyak sebenarnya nak taip tapi Momi simpan dalam hati. Tahun ni dah masuk tahun ke-6 lah kiranya untuk Blogging dan juga alam perkerjaan. Semoga tahun 2018 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi . In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2018 dengan penuh semangat ya! :)

Tonton Aku Di Sisimu (TV1) Streaming

$
0
0
Tonton Aku Di Sisimu (TV1) Streaming

Tonton Aku Di Sisimu (TV1) Streaming | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! TV1 sedang menyiarkan sebuah drama bersiri terbaru yang berjudul "Aku Di Sisimu". Drama bersiri ini mula disiarkan pada 17 Disember 2017 dalam slot Widuri pada setiap Jumaat - Ahad pukul 7.00 malam di TV1. Kalau anda terlepas episod kat TV, anda boleh tengok dekat myklik.rtm.gov.my atau download aplikasi RTM Mobile, cari button MyKlik, mesti ada!

Senarai Pelakon Aku Di Sisimu 
Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania, Hilal Azman, Azzahra Ahmad, Hafiz Halim, Fikri Zubiri, Zazo

Pengarah Aku Di Sisimu
Johan Bahar


*Untuk pengetahuan anda, drama Aku Disisimu disiarkan selama 3 bulan di Myklik. Harap maklum.


Sinopsis Aku Di Sisimu 2017 | Aku Di Sisimu 2017 OST | OST Aku Di Sisimu 2017 | Barisan Pelakon Aku Di Sisimu 2017 | Aku Di Sisimu 2017 Streaming | Download Aku Di Sisimu 2017 | Pengarah Aku Di Sisimu 2017 | Aku Di Sisimu 2017 RTM Mobile | Aku Di Sisimu 2017 MyKlik





Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

$
0
0
Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !


Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illhai, dengan limpah kurnianya Momi masih lagi bernafas. Tanggal 31 Disember 2017 (Ahad) , Momi masuk 26 Tahun! Yeay. Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. Tahun ni hari lahir Momi bertemakan "Happy Mominions Day!"dimana baju Minions yang sering anda nampak di Facebook dan Instagram Momi. Tahun lepas, Momi ke Port Dickson sambut bersama Ara Kimora, tahun ini Momi sambut Birthday bersama rakan Blogger.

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

Sehari sebelum hari lahir Momi, Momi bersama Mawardi Yunus, Amir Nawawi dan Dik Bee ke Muzium Negara untuk ke pameran "Kartun & Kita" yang sedang berlangsung. Selepas itu, kami terus ke Nilai untuk ke kedai Kak Laila dan menikmati Mee Udang dan Air Kelapa Lemon Laici yang sememangnya awesome teruk! hehe. Kemudian kami ke event LAMPU dekat Putrajaya untuk meluangkan masa disini. Turut ada bersama Fuad, Fauzi Aryaan dan Umairah. Malam tu tersekat dalam Jem dari 10.45 sampai 12.00 lebih haha. Redha dengar Amir nyanyi lagu 'Birthday' kahkah.

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

31 Disember 2017 (Ahad). Seronok menerima pelbagai ucapan dari rakan-rakan. Hanya melayari internet seperti biasa. Kemudian pada petangnya, Bamir (Amir Nawawi) buat kejutan dekat Momi. Dia bagi surprise cake dekat Momi (walaupun ia roti haha). Apa yang menariknya, Amir bagi lilin yang digunakan kalau tak letrik ataupon nak lekatkan plastik hahaa. Memang luar kotaklah Bamir ni hehe. Terima kasih banyak-banyak weh! Terima kasih juga buat Mawardi dan Hasifsebab nyanyikan lagu Birthday dekat Momi. | Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

Sambutan kali ini sederhana, kalau tak selalu Momi akan beli kek besar dan makan puas-puas sampai kenyang. Terima kasih atas ucapan rakan-rakan dan Followers Momi, semoga semuanya dimurahkan rezeki ya. Akhir kata, Momi rasa sangat gembira sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang sangat sweet dan baik. Rasa nak 'hug' semua hehe. Unofficially-nya Momi dah 27 tahun untuk 2018. Doakan yang terbaik untuk Momi ya!

p/s : I love you guys! 


Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

$
0
0
Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Tahukah anda, KFC sedang mempromosikan hidangan terbaru mereka, KFC Chizza. Rasanya iklan KFC Chizza ni ada dimana-mana. Jadi baru-baru ini Momi menghadiri KFC Chizza Fans Party di GSC Nu Sentral pada 28 Disember 2017 yang lalu. Selain dari KFC Chizza, KFC juga belanja kami menonton wayang filem "Pitch Perfect 3". 

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

KFC Chizza Fans Party
Pendaftaran dibuka seawal jam 6.30 petang. Momi bersama Abadik, Amy dan rakan Blogger yang lain sempat juga bergambar dekat Photobooth yang disediakan. Selain itu, kami juga dihidangkan KFC Chizza, pop corn dan air mineral semasa majlis berlangsung. Beberapa aktiviti menarik yang dijalankan sementara menunggu tayangan filem "Pitch Perfect 3" pada jam 8.00 malam antaranya teka lagu dan persembahan Koir "Mashup Medley" dari SMK Raja Jumaat. Serius aca-awesome!


Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

KFC Chizza
KFC Chizza merupakan sebuah hidangan kombinasi sempurna filet ayam Hot & Spicy bersama isi Pizza. Menaikkan lagi rasa Chizzanya, ramuan yang dicampur bersama adalah ketulan nanas, bawang, herba serta keju mozarela dan sos pizza tomato. Sesuatu kelainan yang menggantikan kerak pizza dengan menggunakan filet ayam Hot & Spicy. Awesome kan?

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

KFC Chizza boleh didapati secara ala carte bermula hanya RM7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Selain itu, anda juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat. Ia kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara sementara stok masih ada. Rasanya anda patut cuba at least sekali sebelum terlepas promosi ini! | Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

Terima kasih KFC Malaysia atas jemputan ke KFC Chizza Fans Party. Kami sangat have fun dan sangat terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Siap dapat makan KFC Chizza lagi. Filem "Pitch Perfect 3" pon awesome juga, memang kena mashup KFC Chizza dan Pitch Perfecr 3 ni hehe.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KFC Malaysia di www.kfc.com.my.


Viewing all 1900 articles
Browse latest View live