20 Adiwira Ku Tarikh Tayangan : 9 Mac 2017
Genre : Drama
Pengarah : Eric Ong
Pelakon : Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi
Kutipan : RM 99,000
Sinopsis
Adiwira Ku :
Filem ini mengisahkan tentang perjuangan dan pengorbanan seorang guru wanita yang mengharungi cabaran bagi mendidik pelajar yang dibelenggu permasalahan keluarga di SMK Pinang Tunggal, untuk mahir bertutur didalam bahasa Inggeris melalui pertandingan 'Choral Speaking'.
Review : Adiwira Ku - Movie Review
19 The Battleship IslandTarikh Tayangan : 17 Ogos 2017
Genre : Aksi / Sejarah
Pengarah : Ryoo Seung-Wan
Pelakon : Hwang Jung-Min, So Ji-Sub, Song Joong-Ki, Lee Jung-Hyun, Yoon Dae-Yool, Kim Soo-Ahn
Kutipan : USD $41.6 Juta
Sinopsis
The Battleship Island :
Lee Kang-OK adalah seorang kondukter muzik di hotel Kyungsung. Dia telah meninggalkan Jepun untuk melindungi anak perempuannya, tetapi mereka telah dihantar ke Hashima (Pulau Peperangan) iaitu kem buruh, di mana mereka dipenjara dan dipaksa untuk bekerja di lombong arang. Turut menerima nasib sama adalah Choi Chil Seong, seorang pelawan jalanan terbaik di Kyungsung yang sering menimbulkan masalah ketika di kem buruh, dan Park Moo-Yeong, pejuang kebebasan yang berjaya menyelinap masuk untuk menyelamatkan individu penting dalam pergerakan kebebasan yang dipenjara di sana. Mereka adalah antara 400 pekerja Korea yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk melarikan diri dari Hashima.
Review : - |
Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review Poster credit to comingsoon.net |
18 Jumanji : Welcome To The JungleTarikh Tayangan : 21 Disember 2017
Genre : Pengembaraan & Fantasi
Pengarah : Jake Kasdan
Pelakon : Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Rhys Darby, Bobby Cannavale, Robin Williams
Kutipan : USD $338.2 Juta
Sinopsis
Jumanji : Welcome To The Jungle :
Filem yang menelan belanja lebih $USD 90 juta mengisahkan tentang empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah. Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu.
Review : Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review
17 Kingsman : The Golden CircleTarikh Tayangan : 21 September 2017
Genre : Aksi / Pengembaraan / Komedi
Pengarah : Matthew Vaughn
Pelakon : Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry, Channing Tatum, Jeff Bridges, Pedro Pascal
Kutipan : USD $338.2 Juta
Sinopsis
Kingsman : The Golden Circle :
Filem sekuel pengintip yang padat dengan aksi ini akan kembali menyaksikan pengintip muda Eggsy mengyelesaikan misi di luar United Kingdom. Ia adalah kesinambungan kepada filem "Kingsman: The Secret Service" pada tahun 2014.
Review : -16 Annabelle : CreationTarikh Tayangan : 10 Ogos 2017
Genre : Seram / Ngeri
Pengarah : David F. Sandberg
Pelakon : Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia, Talitha Bateman
Kutipan : USD $338.2 Juta
Sinopsis
Annabelle : Creation :
Filem prekuel dari filem pertama "Annabelle" pada tahun 2014, yang mana mengisahkan tentang pasangan suami isteri berdepan situasi menakutkan membabitkan patung lama yang dimasuki syaitan.
Review : -15 Guardians of The Galaxy Vol 2Tarikh Tayangan: 27 April 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Pengarah: James Gunn
Pelakon:Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan
Kutipan : USD $773.3 Juta
Sinopsis
Guardians of The Galaxy Vol 2 :
Peter Quill a.k.a Star-Lord kembali mengetuai Guardians of the Galaxy dalam satu misi untuk menyelamatkan galaksi yang diancam oleh kuasa jahat Thanos. Rahsia di sebalik asal-usul bapa Peter juga akan terbongkar.
Review : Guardians of The Galaxy Vol 2 - Movie Review14 Beauty And The BeastTarikh Tayangan: 30 Mac 2017
Genre: Fantasi / Romantik / Muzikal
Pengarah: Bill Condon
Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Emma Thompson, Kevin Kline, Ian McKellen, Ewan McGregor, Josh Gad, Stanley Tucci
Kutipan : USD $1.264 Billion
SipnosisBeauty And The Beast 2017 :
Filem ini adalah adaptasi Disney dari kisah dongeng klasik yang mengisahkan tentang seorang putera raksasa dan seorang wanita jelita yang jatuh cinta dengannya.
Review : Beauty And The Beast - Movie Review13 Bad GeniusTarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
Genre: Ngeri
Pengarah: Nattawut Poonpiriya
Pelakon: Chutimon Chuengcharoensukying, Eisaya Hosuwan, James Teeradon Supapunpinyo, Chanon Santinatornkul
Pengarah: Nattawut Poonpiriya
Kutipan : USD $42.35 Juta
Sinopsis
Bad Genius : Lynn seorang pelajar cemerlang yang mencari wang mudah dengan menjual jawapan peperiksaan kepada pelajar lain. Pelanggannya, Pat dan Grace, meyakinkan dia untuk menjual jawapan STIC, peperiksaan antarabangsa untuk pelajar yang ingin memasuki universiti terkemuka dunia. Peperiksaan itu dijadualkan akan berjalan pada masa dan hari yang sama di seluruh dunia. Lynn perlu terbang ke negara yang mempunyai perbezaan masa dengan Thailand supaya dia boleh menghantar jawapan kepada pelanggannya. Masalahnya adalah seseorang perlu mengambil tempatnya ketika dia tiada. Lynn hanya tahu seorang sahaja yang boleh menggantikannya iaitu musuhnya yang genius, Bank, yang sangat bencikan penipuan.
Review : -12 ItTarikh Tayangan: 7 September 2017
Genre: Seram / Ngeri
Pengarah: Andres Muschietti
Pelakon: Bill Skarsgård, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff
Kutipan : USD $773.3 Juta
Sinopsis
It :Pada tahun 1988 di sebuah pekan kecil, seorang kanak-kanak bernama George Denbrough telah dibunuh. Setahun kemudian, pada musim panas 1989, abang mangsa bersama sekumpulan rakannya mula memburu pembunuh yang mana akhirnya mereka mendapati pembunuh yang bertanggungjawab adalah entiti jahat.
Review : - |
(sumber : screencrush.com) |
11 Wonder WomenTarikh Tayangan: 1 Jun 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Pengarah: Patty Jenkins
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Lucy Davis, Connie Nielsen, Robin Wright
Pengarah: Patty Jenkins
Kutipan : USD $821.9 Juta
Sipnosis Wonder Women 2017 :
Diana adalah seorang puteri Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan dan dilatih untuk menjadi pahlawan terulung. Selepas seorang juruterbang Amerika, Steve Trevor, terhempas di pulau tersebut, dia telah memberitahu Diana mengenai perang dunia yang sedang berlaku. Diana kemudian meninggalkan kampung halamannya untuk cuba menghentikan peperangan tersebut.
Review : Wonder Women - Movie Review10 Pitch Perfect 3Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Genre: Muzikal / Komedi
Pengarah: Trish Sie
Pelakon: Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Anna Camp, Hana Mae Lee, Ester Dean, Alexis Knapp, Chrissie Fit, Kelley Jakle, Shelley Regner, Elizabeth Banks and John Michael Higgins
Kutipan : USD $141.6 Juta
Sinopsis Pitch Perfect 3 :
Filem yang menelan belanja lebih $45 Juta Dollar ini mengisahkan selepas kemenangan The Bellas pada kejohanan dunia, kini mereka bersatu kembali untuk satu pertandingan nyanyian terakhir di tur USO luar negara, tetapi menghadapi kumpulan yang menggunakan kedua-dua instrumen dan suara. The Bellas cuba bersaing dengan menggunakan acapella untuk memenangi hati DJ Khaled. Dapatkah The Bellas menjadi penyanyi pilihan DJ Khaled?
Review : Pitch Perfect 3 - Movie Review![BEST 2017 MOVIES BEST 2017 MOVIES]() |
Coco - Movie Poster Poster Credit to comingsoon.net
|
09 CocoTarikh Tayangan: 23 November 2017
Genre: Animasi & Kekeluargaan
Pengarah: Lee Unkrich
Pelakon: Anthony Gonzalez, Gael García Bernal, Benjamin Bratt , Renée Victor
Kutipan : USD $591.4 Juta
Sinopsis
Coco : Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang dari sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.
Review : Coco - Movie Review08 Baby DriverTarikh Tayangan: 20 Julai 2017
Genre: Aksi / Komedi / Jenayah
Pengarah: Edgar Wright
Pelakon: Ansel Elgort, Lily James, Jamie Foxx, Jon Hamm, Kevin Spacey, Eiza González
Kutipan : USD $227 Juta
Sinopsis Baby Driver :
Seorang pemuda yang mempunyai skil memandu yang bagus dipaksa untuk bekerja dengan seorang ketua penjenayah. Dia kemudian mendapati dirinya telah terlibat dalam satu rompakan yang mengancam hidup, cinta dan kebebasannya.
Review : Baby Driver - Movie Review ![BEST 2017 MOVIES BEST 2017 MOVIES]() |
The Greatest Showman - Movie Poster Sumber : comingsoon.net |
07 The Greatest ShowmanTarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Genre: Drama & Muzikal
Pengarah: Michael Gracey
Pelakon: Hugh Jackman, Zac Efron, Rebecca Ferguson, Michelle Williams
Kutipan : USD $153 Juta
Sinopsis The Greatest Showman :
Sebuah filem ini diangkat dari kisah sebenar P.T. Barnum, ketika dia mencipta sarkas tiga gelanggang, Ringling Bros. dan Barnum & Bailey Circus, yang membuatnya menjadi terkenal. Ia juga memaparkan tentang dirinya yang obses dengan Jenny Lind, seorang penyanyi yang digelar Swedish Nightingale.
Review : The Greatest Showman - Movie Review 06 Fast And Furious 8 (also known as The Fate Of The Furious)Tarikh Tayangan: 13 April 2017
Genre: Aksi / Jenayah
Pengarah: F. Gary Gray
Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham
Kutipan : USD $1.236 Billion
Sipnosis
Fast And Furious 8 :Dominic Toretto dan krunya masih lagi tidak selesai dengan Deckard Shaw selepas kekecohan yang berlaku di Dubai. Filem kelapan ini merupakan filem pertama dalam trilogi terakhir francais "Fast and Furious".
Review : Fast And Furious 8 - Movie Review
05 Spider-Man: HomecomingTarikh Tayangan: 6 Julai 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Pengarah : Jon Watts
Pelakon: Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Jon Favreau
Kutipan : USD $880.2 Juta
Sinopsis Spider-Man: Homecoming :
Mengisahkan mengenai selepas daripada kejadian dalam "Captain America: Civil War", Peter Parker pulang ke rumah di mana dia tinggal dengan Aunt May. Di bawah mentornya, Tony Stark, Peter mula mempelajari untuk mengimbangi dunianya sebagai seorang pelajar dan juga adiwira. Peter cuba kembali kepada rutin harian normalnya tetapi apabila penjahat bernama Vulture muncul, semuanya terjejas.
04 War for the Planet of the ApesTarikh Tayangan: 13 Julai 2017
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Pengarah: Matt Reeves
Pelakon: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer
Kutipan : USD $490.7 Juta
Sipnosis War For The Planet Of The Apes :
Filem ini mengikuti konflik di antara Caesar serta rakan beruknya dan tentera manusia yang diketuai oleh Kolonel yang kejam. Caesar yang bergelut dengan naluri gelapnya memulakan misi untuk membalas dendam selepas mereka kehilangan banyak nyawa dalam konflik itu. Dia kemudian mendapati dirinya bersemuka dengan Kolonel dalam satu pertempuran epik, yang akan menentukan bukan sahaja nasib kedua-dua spesis, tetapi juga masa depan planet Bumi.
![BEST 2017 MOVIES BEST 2017 MOVIES]() |
photo credit to comingsoon.net
|
03 Thor : RagnarokTarikh Tayangan: 26 Oktober 2017
Genre: Aksi / Drama / Fantasi
Pengarah: Taika Waititi
Pelakon: Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston
Kutipan : USD $1.4 Billion
SinopsisThor : Ragnarok :
mengisahkan tentang Thor perlu mengejar masa untuk pulang ke Asgard untuk menghentikan Ragnarok - kemusnahan kampung halamannya dan pengakhiran tamadun Asgardian. Tetapi sebelum dia boleh bertarung dengan Hela, penjahat kejam yang bertanggungjawab, Thor mendapati dirinya perlu bertarung dengan bekas rakan seperjuangan Avenger, Incredible Hulk. Mampukah Thor dan rakan-rakannya menyelamatkan Asgard?
Review : Thor : Ragnarok - Movie Review |
Star Wars: The Last Jedi Poster Photo credit to comingsoon.net |
02 Star Wars : The Last JediTarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Pelakon: Mark Hamill, Daisy Ridley, Oscar Isaac
Pengarah: Rian Johnson
Kutipan : USD $1.223 Billion
Sinopsis Star Wars : The Last Jedi :
Dengan kebolehan yang baru diketahuinya, Rey mengambil langkah pertama ke dalam dunia Jedi dengan mengembangkan kemahirannya di bawah bimbingan Luke Skywalker. Dalam pada itu, Resistance bersiap sedia untuk bertarung dengan
First Order. Bersama dengan Luke, Leia, Finn dan Poe, Rey menempuh pengembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau.
Review : Star Wars : The Last Jedi - Movie Review |
Sumber : Logan Movie Official Site |
01 Logan Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan
Pengarah: James Mangold
Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart, Richard E. Grant, Boyd Holbrook, Stephen Merchant, Dafne Keen
Kutipan : USD $616.8 Juta
Sinopsis Logan :
Mengisahkan tentang Logan perlu menjaga Professor X yang sedang dalam keadaan tenat dan kedua-dua mereka bersembunyi di sempadan Mexico. Ia berlaku selepas beberapa tahun Mutan telah dihapuskan. apabila seorang mutan muda baru tiba, diburu oleh kuasa gelap, Logan mendapati cubaannya untuk menyembunyikan diri dari dunia gagal dan dia perlu sekali lagi menggunakan kuasanya sebagai Wolverine. Logan cuba melarikan diri dari diburu.